Thursday 10 May 2012

Betulkah "Durian Runtuh" Bukan Gula-gula PRU 13?

'Durian runtuh‘ Felda bukan gula-gula PRU13 - Sinaran Hairan

SHAH ALAM - Pemberian durian runtuh kepada warga Felda tidak boleh dianggap sebagai ‘gula-gula’ kepada rakyat menjelang pilihan raya umum akan datang.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemberian RM15,000 kepada setiap ke­luarga Felda adalah sumba ngan daripada keuntungan perniagaan produk yang dihasilkan.

Menurutnya, warga Felda tidak perlu terpengaruh de ngan hasutan pemimpin pembangkang yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) menyisihkan peneroka daripada arus pembangunan negara.

“Peneroka harus menolak dakwaan itu dan bersyukur dengan usaha kerajaan hari ini yang sentiasa prihatin terhadap nasib dan masa depan keluarga Felda.

“Inilah bukti kerajaan BN tidak pernah mungkir janji kepada rakyat dan sentiasa menjaga kebajikan mereka,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Katanya, dengan pemberian tersebut, ia juga me nunjukkan kerajaan tidak pernah berbohong kepada rakyat dan sentiasa melaksanakan apa yang dijanjikan.

Kelmarin, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian durian runtuh dengan dana RM1.689 bilion diagihkan secara tunai kepada 112,635 keluarga peneroka yang akan dibayar menerusi tiga fasa.

Pembayaran fasa pertama sebanyak RM5,000 diberikan kepada ketua keluarga akan mula dilaksanakan tidak lama lagi, diikuti fasa kedua RM5,000 untuk isteri peneroka bagi mengiktiraf sumbangan yang dibuat sejurus bayaran fasa pertama selesai.

Bayaran RM5,000 lagi akan diagihkan kepada anak peneroka yang di jangka dilaksanakan selepas penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVHB) di Bursa Malaysia bulan depan.

Manakala kira-kira 20,000 pegawai dan kakitangan Kumpulan Felda juga akan menerima bonus tambahan, iaitu dua bulan setengah gaji tahun ini.

P/s: Ini lagi satu kenyataan yang lawak

Kenyataan dengan tujuan nak tipu orang-orang Melayu yang sudah pandai

Jika "durian runtuh" bukan gula-gula PRU 13, mengapa bagi sekarang?

Bagi sebab keuntungan Felda, baru sekarang ke Felda untung?

Mengapa tak bagi masa menang PRU 12 2008 dulu?

Mengapa Najib tak bagi masa dia mula-mula menjawat jawatan PM?

Sudah-sudah la memperbodohkan rakyat woi!!!

Mari Buat Ramai Di Demo Tuntut Mansuh Tol!


No comments: