Showing posts with label LensaBTJ. Show all posts
Showing posts with label LensaBTJ. Show all posts

Sunday, 4 December 2011

Gambar: Sekitar Forum Bersekutu Mendesak Perubahan

Walaupun agak penat selepas balik dari perhimpunan di KLCC bersama dengan Pak Samad, BTJ sempat juga menjengah ke Forum Bersekutu Mendesak Perubahan di Shah Alam malam semalam yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).


Forum yang bermula sekitar jam 9.30 malam itu menampilkan dua orang panel yang hebat dan bersemangat iaitu Prof. Abu Hassan Hasbullah (Zentrum) dan Prof. Zainal Abidin Kidam (Biro Pendidikan PAS Pusat). Manakala moderatornya pula sdr. Amin Iskandar (Editor Malaysiakini). Prof. Aziz Bari tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dinyatakan oleh pihak penganjur.


Banyak info dan pendedahan yang diketengahkan oleh dua orang panel ini. Prof. Zainal Abidin Kidam banyak membongkar info-info mengenai kerajaan Malaysia seperti statistik rasuah, pendidikan, sosial dan banyak lagi. Prof. Abu Hassan Hasbullah pula banyak membicarakan soal kesusahan rakyat seperti kemampuan untuk memiliki rumah dan soal revolusi serta perubahan di luar negera seperti Perancis, UK dan yang terkini di Mesir.


Begitulah serba sedikit yang dapat BTJ ulas mengenai forum ini. Berikut adalah gambar-gambar yang BTJ telah rakam.


Alu-aluan Dari Wakil Penganjur




Barisan Panel


Prof. Abu Hassan Hasbullah (Zentrum)


Prof. Zainal Abidin Kidam (Biro Pendidikan PAS Pusat)








Editor: BTJ
Gambar Oleh: BTJ








Perhimpunan Aman @KLCC Perkukuh Desakan

Bantahan rakyat terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman semakin hebat dan diperluas. Pada Sabtu 3hb Disember 2011 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC), A. Samad Said atau lebih mesra dengan panggilan Pak Samad telah mengetuai satu perhimpunan aman bagi menunjukkan bantahan.

Kurang lebih 200 orang yang hadir termasuk beberapa MP Pakatan Rakyat dari DAP iaitu Lim Kit Siang, Tony Pua dan ramai lagi. Wakil dari pimpinan mahasiswa dan gerakan Stop Lynas juga tidak ketinggalan untuk hadir bersama untuk menyatakan bantahan.

Majlis bermula sekitar jam 2 petang dan bersurai dengan aman dalam satu jam kemudian. Wakil dari pihak pengurusan KLCC hadir dan meminta supaya peserta himpunan bersurai. Namun, peserta masih kekal di lokasi perhimpunan dan melakukan aktiviti masing-masing dalam keadaan yang aman.

Berikut adalah gambar-gambar yang BTJ telah rakam.


Lokasi Perhimpunan


Perhimpunan bermula!


A. Samad Said @ Pak Samad (Sasterawan Negara)


Semangat Malaysia


Trio


YB Lim Kit Siang


Beberapa Orang MP Pakatan Rakyat Bersama Pak Samad


Perserta & Wakil-wakil Media Mengerumuni Pak Samad dan MP Pakatan Rakyat Yang Hadir


Nyanyian Lagu #Occupy Juga Turut Didendangkan


Pak Samad Sedang Membacakan Puisinya Yang Bertajuk "Unggun Bersih"


Pak Samad Sedang Membacakan Puisinya Yang Bertajuk "Unggun Bersih"


Salah Seorang Peserta Himpunan Membacakan Sebuah Puisi Yang Dikarang Oleh Pak Samad Yang Dimuatkan Dalam Sebuah Buku "Puisi Jadi Senjata"


Salah Seorang Peserta Himpunan Membacakan Sebuah Puisi Yang Dikarang Oleh Pak Samad Yang Dimuatkan Dalam Sebuah Buku "Puisi Jadi Senjata"


Seorang Wakil Dari Pihak Pengurusan KLCC (Berbaju Belang) Sedang Berbincang Dengan Organizer Dan Meminta Perhimpunan Bersurai


Sesi Bergambar Sebelum Bersurai


Salah Seorang Peserta Yang Bersemangat Dan Sempoi


Barisan Peserta Bergambar Dengan Aman


Wakil Pimpinan Mahasiswa Yang Hadir


Makcik BERSIH (Nama Gelaran) Juga Turut Hadir


Aktiviti Peserta Himpunan Selepas Perhimpunan Bersurai Dengan Aman


Kereta Stop Lynas

Editor: BTJ
Gambar OLeh: BTJ

Friday, 11 November 2011

Forum AUKU Di Kelab 50B Bangsar


Khamis 10 Novermber 2011, bermula sekitar jam 9 malam di Bangsar Utama iaitu Kelab 50B, sebuah forum yang membincangkan mengenai Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran sangat menggalakkan hingga bilik yang menempatkan forum sesak dan ada yang berdiri.

Empat orang panel yang dijemput yang terdiri daripada wakil parti politik, aktivis, ahli akademik dan pemimpin mahasiswa seolah sepakat melalui hujah-hujah mereka bahawa AUKU mesti dimansuhkan dan bukan dipinda. Ini ditegaskan oleh Prof. Abdul Aziz Bari iaitu Pakar Perlembagaan Malaysia dan ahli akademik kontroversi yang didakawa banyak pihak penderhaka kerana mengkritik titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tiga orang panel lain yang turut hadir ialah Shamsul Iskandar (Ketua AMK Pusat), Hishamuddin Rais (blogger dan aktivis) dan Hilman Idham (pemimpin mahasiswa). Forum tamat sekitar jam 11 malam.