Sunday 4 December 2011

Gambar: Sekitar Forum Bersekutu Mendesak Perubahan

Walaupun agak penat selepas balik dari perhimpunan di KLCC bersama dengan Pak Samad, BTJ sempat juga menjengah ke Forum Bersekutu Mendesak Perubahan di Shah Alam malam semalam yang dianjurkan oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).


Forum yang bermula sekitar jam 9.30 malam itu menampilkan dua orang panel yang hebat dan bersemangat iaitu Prof. Abu Hassan Hasbullah (Zentrum) dan Prof. Zainal Abidin Kidam (Biro Pendidikan PAS Pusat). Manakala moderatornya pula sdr. Amin Iskandar (Editor Malaysiakini). Prof. Aziz Bari tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dinyatakan oleh pihak penganjur.


Banyak info dan pendedahan yang diketengahkan oleh dua orang panel ini. Prof. Zainal Abidin Kidam banyak membongkar info-info mengenai kerajaan Malaysia seperti statistik rasuah, pendidikan, sosial dan banyak lagi. Prof. Abu Hassan Hasbullah pula banyak membicarakan soal kesusahan rakyat seperti kemampuan untuk memiliki rumah dan soal revolusi serta perubahan di luar negera seperti Perancis, UK dan yang terkini di Mesir.


Begitulah serba sedikit yang dapat BTJ ulas mengenai forum ini. Berikut adalah gambar-gambar yang BTJ telah rakam.


Alu-aluan Dari Wakil Penganjur




Barisan Panel


Prof. Abu Hassan Hasbullah (Zentrum)


Prof. Zainal Abidin Kidam (Biro Pendidikan PAS Pusat)








Editor: BTJ
Gambar Oleh: BTJ








No comments: