Friday 11 November 2011

Forum AUKU Di Kelab 50B Bangsar


Khamis 10 Novermber 2011, bermula sekitar jam 9 malam di Bangsar Utama iaitu Kelab 50B, sebuah forum yang membincangkan mengenai Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU) telah diadakan dengan jayanya. Kehadiran sangat menggalakkan hingga bilik yang menempatkan forum sesak dan ada yang berdiri.

Empat orang panel yang dijemput yang terdiri daripada wakil parti politik, aktivis, ahli akademik dan pemimpin mahasiswa seolah sepakat melalui hujah-hujah mereka bahawa AUKU mesti dimansuhkan dan bukan dipinda. Ini ditegaskan oleh Prof. Abdul Aziz Bari iaitu Pakar Perlembagaan Malaysia dan ahli akademik kontroversi yang didakawa banyak pihak penderhaka kerana mengkritik titah Sultan Selangor baru-baru ini.

Tiga orang panel lain yang turut hadir ialah Shamsul Iskandar (Ketua AMK Pusat), Hishamuddin Rais (blogger dan aktivis) dan Hilman Idham (pemimpin mahasiswa). Forum tamat sekitar jam 11 malam.

No comments: