Thursday, 8 November 2012

Cabar Ismail Sabri Tanding Di Luar Bera

Umno cabar Anwar tanding di luar Permatang Pauh - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Di sebalik cabaran Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertanding di Marang pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), beliau pula ditempelak Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan.

Kata Ahmad, Anwar yang memilih Permatang Pauh sejak ketika berada dalam Umno seharusnya bertanding di luar kawasan tersebut.

"Kenapa pula hendak bertanding di Marang? Kita ada akar umbi di Pekan sejak zaman Tun Razak lagi. Kenapa dia tak nak bertanding di luar Permatang Pauh?" soal Ahmad.

Pada pilihan raya kecil 2008, Anwar bertanding semula di Permatang Pauh dan kemudian dilantik sebagai Ketua Pembangkang.

Anwar sebelum ini mencabar Najib, yang juga Presiden Umno, bertanding di kawasan Parlimen Marang yang kini disandang Datuk Seri Abdul Hadi Awang setelah presiden Pas itu menawarkan diri untuk bertanding di kawasan Parlimen Pekan yang disandang Najib sejak tahun 1979.

Abdul Hadi sebelum ini menyatakan kesediaan beliau untuk bertanding di Parlimen Pekan sekiranya diarah berbuat demikian oleh parti.

Najib bagaimanapun membalas bahawa beliau tidak fikir Abdul Hadi akan bertanding di Parlimen Pekan yang diwakilinya dalam pilihan raya umum akan datang.

P/s: Apa kata Najib tanding di Kuala Lumpur / Selangor
Tanding di kawasan yang pengundinya berbilang kaum
BTJ rasa Anwar tiada masalah untuk bertanding di luar Permatang Pauh
Najib ada masalah tak?
Berani ke tak?
Hahaha!!!
Haaaa...apa kata Ismail Sabri pun bertanding di luar Bera
Setahu BTJ Ismail Sabri ni memang bukan orang asal Bera pun
Jadi Ismail Sabri memang bertanding di luar kawasan
Hebat juga Ismail Sabri ini kerana berani bertanding di luar kawasan
Najib berani ke?
Jadi prestasi Ismail Sabri yang terbukti boleh menang bertanding di luar kawasan ini
Apa kata PRU13 Ismail Sabri cari kawasan lain pula
Mungkin kembali ke kawasan asal di Temerloh?
Bertanding di Kelantan?
Atau pun bertanding di Selangor
Najib berani ke?
Beri peluang ahli-ahli Umno asal Bera pula yang bertanding
Sekarang sudah ada pemimpin-pemimpin Umno Bera yang berkelayakan
Antaranya YB Adun Guai Norol Azali
Harap Ismail Sabri dapat beri peluang kepada ahli Umno asal Bera untuk bertanding
Ahli-ahli Umno Bera tentu ramai yang setuju dan sokong
Berani ke Najib dan Ismail Sabri?
Hahaha!!!


No comments: