Showing posts with label BTJ. Show all posts
Showing posts with label BTJ. Show all posts

Sunday, 20 November 2011

Video: Rosmah Buat Apa Di China Selain Beli Gelang?

Jika sesiapa hendak tahu apa tujuan video ini dipost, sila rujuk post sebelum ini yang bertajuk Gelang Dari China US$55,000 Pula?


Isteri PM Malaysia memang kaya. Buat lawatan sambil beli gelang!
Lihat gelang dan rantai mutiara warna putih dilehernya, agak-agak berapa hanrganya?
Harganya ialah......SAH MAKCIK FELDA TAK MAMPU BELI! HAHAHAHAH


BTJ Siap Sedia Untuk BERSIH 3.0!

Saturday, 19 November 2011

Gempar: Gelang Dari China US$55,000 Pula?

Sumber ini saya perolehi dari sebuah blog iaitu blog Selamatkan Pahang yang juga disalin dari sebuah blog yang bernama Anak Sungai Derhaka.

Saya agak terkejut kerana isteri PM ini banyak betul duitnya hingga mampu membeli barang kemas yang bernilai tinggi (jika cerita ini betul). Adakah mungkin benar isteri PM Malaysia ini suka menabung dan gelang dari China ini juga dibeli menggunakan duit tabungannya? Jika anda percaya isteri PM ini beli menggunakan duit tabungannya, maka anda boleh terus undi parti suaminya. Jika tidak, sila pilih parti lain selain UmnoBN!

Mari kita fikir sama-sama dari mana sumber duit isteri PM Malaysia ini. Mungkinkah??????????

Mari kita lihat kisah gelang dari China yang bernilai US$55,000 ini.

Rosmah beli gelang di China pulak?

Posting ini tersiar di blog Anak Sungai Derhaka


ROSMAH'S US$55,000 BRACELET

I was in Beijing on 16th for a meeting at the Shangri-la Hotel, Zizhuyuan Road, Beijing and walked into a pearl shop at the hotel foyer with a friend who wanted to buy a bracelet for his wife. He picked up this beautiful diamond bracelet only to find out that it cost US$55,000. The sales girl then pointed us towards a photo on the wall and said that the President's wife bought the same bracelet. And it was none other than Rosmah.

By Ah Cheong

BTJ Menyokong Penuh BERSIH 3.0!



Bila UmnoBN Terdesak RM100 Jadi Modal

Mkini: BN didakwa peralat bantuan RM100 untuk sekolah

Kerajaan didakwa memperalatkan cara penyerahan bantuan persekolahan RM100 untuk semua pelajar apabila mensyaratkan wakil rakyat atau pemimpin yang dipilih hadir membantu ketika penyampaiannya dibuat.

Pemimpin pembangkang juga berpendapat, tindakan itu sekali gus menunjukkan kerajaan tidak jujur menyalurkan bantuan dengan cuba mendapatkan political mileage atau pulangan politik.

"Ini menunjukkan bahawa duit tersebut bukan sangat bertujuan untuk membantu murid atau keluarga, tetapi lebih kepada kepentingan politik, (tunjukkan) yang beri itu Umno atau BN," kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Arahan itu dikesan melalui sepucuk surat daripada Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Pelajaran Malaysia Datuk Dr Rosli Mohamed bertarikh 11 November lalu kepada pelbagai bahagian pengurusan sekolah, termasuk semua pengarah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN).

Kandungannya menyatakan, mesyuarat jemaah menteri pada 28 Oktober memutuskan, wakil rakyat atau "wakil terpilih kerajaan persekutuan" hendaklah membantu menyampaikan bantuan itu kerana ia "touch point" kerajaan kepada rakyat.

"Sehubungan itu, semua JPN hendaklah mengambil tindakan SEGERA terhadap keputusan tersebut dan memastikan pengagihan bantuan dianjurkan oleh pihak sekolah bagi mencapai hasrat kerajaan," surat itu dipetik.

Bantuan itu ekoran pengumuman bantuan persekolahan RM550 juta atau RM100 kepada setiap pelajar oleh Menteri kewangan Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Belanjawan 2012 pada Oktober lalu.

Langgar batasan
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, arahan Dr Rosli itu jelas menunjukkan bagaimana ketua pentadbir kementerian tidak profesional, tidak amanah dan tidak jujur kerana "menjadikan kementerian sebagai alat politik".

"Penyampaian itu disampaikan oleh Umno dan BN dengan sendirinya membuktikan bahawa bantuan itu sendiri bukan bertujuan untuk meringankan beban rakyat, tetapi bertujuan mendapat habuan politik," katanya.

Dalam masa yang sama, kedua-dua pemimpin itu juga melihat tindakan Dr Rosli melanggar batasan seorang penjawat awam.

"Bagi saya benda begini serahkan pada sekolah. Macam tak ada kepercayaan. Apakah pegawai pendidikan tidak mewakili kerajaan? Saya tak kisah jika menteri pelajaran atau KSU, pengarah pelajaran negeri, guru besar... wakili kerajaan.

"Ini penghinaan. KSU beri imej tidak baik, macam tak ada kepercayaan pada sektor kerajaan," kata Mahfuz yang juga anggota parlimen Pokok Sena.

Manakala Saifuddin pula menyifatkan tindakan Dr Rosli itu terang-terang melangggar prinsip dan etika sebagai penjawat awam.

"Saya nasihatkan dia berhentilah bermain politik. Ia menyalahi prinsip penjawat awam tidak boleh memihak," kata anggota parlimen Machang itu.

P/s: Inilah yang UmnoBn bawah pimpinan Najib mampu lakukan untuk meraih undi rakyat pada PRU-13 akan datang yang semakin hampir.

-Semua mesti siap sedia untuk menghumbankan UmnoBN ini ke tong sampah!
-Semua mesti siap sedia untuk mengundi parti selain UmnoBN!
-Semua mesti siap sedia untuk menerima kerajaan baru!
-Semua mesti siap sedia dan tegas untuk tidak memilih UmnoBN dengan umpan RM100 ini!
-RM100 untuk dibandingkan dengan beg tangan dan cincin Rosmah, bagai langit dan bumi!
-Ayuh siap sedia!

BTJ siap sedia untuk BERSIH 3.0!


Tuesday, 15 November 2011

Gambar: Sekolah Daif Di Malaysia & Harapan BTJ

Gambar ini saya perolehi di sebuah blog iaitu blog kulanzsalleh.com yang kemudiannya saya salin dan post di blog saya. Hati sangat sayu melihat keadaan sekolah yang daif sebegini. Persoalan saya, bagaimanakah keadaan pembelajaran bagi kanak-kanak di sekolah ini dan masa depan sistem pendidikan di negara kita?
Sukar untuk saya dan anda semua untuk menjawabnya. Adakah jawapannya dengan menolak kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang akan dapat merubah nasib kanak-kanak di sekolah daif ini? Jawapan saya mungkin "ya" dan mungkin "tidak".
Mengapa "ya"? Mungkin kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Rakyat boleh merubah nasib sekolah daif ini jika pemimpin-pemimpinnya konsisten dalam melakukan perubahan dan berpegang pada prinsip integriti dan mendahulukan rakyat dalam segala aspek. Mungkin "tidak" pula jika segala janji Pakatan Rakyat hanya tinggal janji.
Namun, risiko perlu diambil oleh rakyat untuk melihat perubahan bagi negara Malaysia yang tercinta ini. Pada saya tidak salah untuk kita mencuba untuk berubaha. Baik atau buruk perubahan itu kita lihat setelah keputusan untuk berubah itu dilakukan. Negara ini miliki kita dan kita berhak menetukan halatujunya. Jika kerajaan yang memerintah ingkar dan mengkhianati amanah yang diberi, maka kita sebagai rakyat humbankan saya pemerintah ini ke tempat yang sepatutnya.
Berbalik kepada sekolah daif ini, saya minta, mohon dan menyeru agar kerajaan iaitu melalui Kementerian Pelajaran agar mengambil serius masalah sekolah daif ini. Ini adalah tempat di mana akan lahir golongan bijak pandai yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.
Harapan saya, moga keadaan ini akan berubah dan kanak-kanak yang belajar di sekolah daif ini akan dapat belajar di sekolah yang lebih selesa pada masa akan datang. Sekolah adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya sebaik mungkin.
sekolah daif di malaysia
sekolah daif di malaysia
rumah guru daif
sekolah daif di malaysia
kelas kabin
Gambar di atas ialah bangunan yang mereka gelar “Kelas Kabin”. Saya tidak tahu berapa kos pembinaannya, tapi ada khabar angin mengatakan yang satu bangunan (2 kelas) berharga ratusan ribu ringgit.
P/s: Bayangkan jika RM250 juta projek lembu Fidlot Shahrizat itu digunakan untuk membina dan menambahbaik sekolah-sekolah daif ini. Bila dah bayangkan, fikirkan jawapan untuk PRU-13 nanti!

Tuesday, 8 November 2011

Post Ulung Sidang Redaksi Blog Batu Tepi Jalan ( BTJ )

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab yang tinggi terhadap negara dan masyarakat, maka kami yang dibarisi beberapa orang anak muda telah bersatu hati untuk mewujudkan blog yang diberi nama Batu Tepi Jalan ( BTJ ).

Kami mohon kepada sekalian rakyat di luar sana yang perihatin dengan nasib negara dan punya rasa tanggungjawab untuk melihat negara kita ini iaitu Malaysia berkembang maju, silalah beri sokongan dengan memberi komen, pandangan dan maklumat agar blog BTJ ini dapat dimajukan dari masa ke semasa.

Sampai di sini dahulu coretan post pembukaan dari kami. Sebelum itu, layan dulu lagu yang bertajuk Batu nyanyian Sweet Charity.


Sekian.

Pasukan Blog BTJ