Sukar untuk saya dan anda semua untuk menjawabnya. Adakah jawapannya dengan menolak kerajaan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang akan dapat merubah nasib kanak-kanak di sekolah daif ini? Jawapan saya mungkin "ya" dan mungkin "tidak".
Mengapa "ya"? Mungkin kerajaan baru iaitu kerajaan Pakatan Rakyat boleh merubah nasib sekolah daif ini jika pemimpin-pemimpinnya konsisten dalam melakukan perubahan dan berpegang pada prinsip integriti dan mendahulukan rakyat dalam segala aspek. Mungkin "tidak" pula jika segala janji Pakatan Rakyat hanya tinggal janji.
Namun, risiko perlu diambil oleh rakyat untuk melihat perubahan bagi negara Malaysia yang tercinta ini. Pada saya tidak salah untuk kita mencuba untuk berubaha. Baik atau buruk perubahan itu kita lihat setelah keputusan untuk berubah itu dilakukan. Negara ini miliki kita dan kita berhak menetukan halatujunya. Jika kerajaan yang memerintah ingkar dan mengkhianati amanah yang diberi, maka kita sebagai rakyat humbankan saya pemerintah ini ke tempat yang sepatutnya.
Berbalik kepada sekolah daif ini, saya minta, mohon dan menyeru agar kerajaan iaitu melalui Kementerian Pelajaran agar mengambil serius masalah sekolah daif ini. Ini adalah tempat di mana akan lahir golongan bijak pandai yang akan mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.
Harapan saya, moga keadaan ini akan berubah dan kanak-kanak yang belajar di sekolah daif ini akan dapat belajar di sekolah yang lebih selesa pada masa akan datang. Sekolah adalah hak rakyat dan tanggungjawab kerajaan untuk menyediakannya sebaik mungkin.
Gambar di atas ialah bangunan yang mereka gelar “Kelas Kabin”. Saya tidak tahu berapa kos pembinaannya, tapi ada khabar angin mengatakan yang satu bangunan (2 kelas) berharga ratusan ribu ringgit.
P/s: Bayangkan jika RM250 juta projek lembu Fidlot Shahrizat itu digunakan untuk membina dan menambahbaik sekolah-sekolah daif ini. Bila dah bayangkan, fikirkan jawapan untuk PRU-13 nanti!
2 comments:
mampir balik
masyaallah! seperti sekolah saya di awal70an
Post a Comment