Tuesday 9 October 2012

Ahli Umno Pahang Mencarut Dan Mengeluarkan Kata-Kata Kesat!


Pemilik post di atas yang menggunakan gambar Dr. Burhanuddin al-Helmy sebagai gambar profilenya hanya sekadar meluahkan pendapat atau pandangannya dan sudah tentu menjemput rakan-rakan facebooknya untuk berhujah secara matang.

Namun terdapat seorang ahli Umno yang sudah menghampiri separuh umur dan paling tepat bukan lagi golongan belia atau pemuda memberi komen yang bagi BTJ sangat melampau serta tidak matang walaupun sudah lanjut umurnya.

Beginikah didikan di dalam Umno? Buat pengetahuan, insan yang baik (ahli Umno yang memberi komen) ini merupakan salah seorang ahli Umno di Pahang dan juga pernah memegang jawatan dalam organisasi tersebut di peringkat cawangan atau pun bahagian (hal jawatan di peringkat apa dan masih memegang jawatan atau tidak BTJ tidak pasti).

Benarlah kata Dr. M bahawa dalam Umno itu kurang orang-orang yang bijak pandai. Mungkin yang ramai adalah dari golongan yang suka mencarut dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti ahli Umno ini.

Simpati kepada Umno kerana mempunyai seorang ahli seperti ini.

Moga ahli Umno ini akan berubah suatu hari nanti. Kita doakan beramai-ramai.

No comments: