Monday 15 October 2012

Korea Kini Mendahului Malaysia Dalam Sistem Pilihan Raya

Korea Selatan tunjuk cara mengundi di luar negara - Mkini

Ketika Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bergelut untuk membuat perubahan yang perlu bagi memudahkan pengundian di luar negara, rakyat Korea Selatan yang tinggal di Malaysia sedang bersiap sedia untuk pertama kalinya mengundi bagi memilih presiden mereka.

Dalam Pameran Hari Korea di Pusat Konvensyen Sunway, Subang Jaya, yang berakhir semalam, para pegawai kedutaannya dan sukarelawan menyediakan kaunter tempat untuk mendaftar rakyat mereka sebagai pengundi tidak hadir.

Pegawai penyelianya, Sim Hyun Whoa (kiri), ketika ditemui di kaunter
kedutaan tersebut, memberitahu Malaysiakini bahawa pindaan perundangan yang perlu telah dibuat pada tahun 2007, tetapi persediaan hanya bermula pada tahun 2011 menjelang pilihan raya umum negara itu pada April 2012.

"Jika mereka (pengundi) tidak berada di Korea, mereka perlu memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak berada di Korea.

"Sebaik sahaja mereka diiktiraf, mereka boleh mengundi di kedutaan untuk memilih presiden," kata Sunny Huang Eun Sun - seorang sukarelawan di kaunter tersebut, yang membantu menterjemah untuk Sim semasa ditemubual.

Katanya, nama rakyat Korea Selatan ditambah secara automatik dalam daftar pemilih apabila mendaftar untuk mendapat kad pengenalan mereka pada usia 19 tahun, tetapi perlu mendaftar terlebih dahulu setiap kali mereka bercadang untuk mengundi sebagai pengundi tidak hadir.

Sistem pengundian di luar negara telah mula digunakan untuk pilihan 
raya perhimpunan kebangsaan - yang diadakan pada bulan April tahun ini - manakala gerakan pendaftaran sekarang adalah untuk pilihan raya presiden pada 19 Disember.

Tempoh pendaftaran adalah selama 91 hari - dari 22 Julai hingga 20 Oktober - manakala tempoh mengundi bagi pengundi tidak hadir adalah dari 5 Disember hingga 10 Disember.

Tarikh pilihan raya Korea ditetapkan pada akhir tempoh empat tahun 
pilihan raya perhimpunan kebangsaan dan lima tahun tempoh pilihan raya presiden.

Malah, Sim dan para sukarelawan juga menyediakan tempat mengundi olok-olok untuk memastikan pengundi tahu apa yang perlu dibuat apabila mereka mengundi di kedutaan pada bulan Disember nanti.

Selepas identiti pengundi dan kelayakannya disahkan, sebuah 
pencetak kecil mencetak kertas undi manakala satu lagi pencetak, akan mencetak sampul surat berpelekat dengan memaparkan kawasan pengundian.

Sebuah penjana kuasa (UPS) disediakan untuk memastikan sistem pengundian berjalan lancar walaupun berlaku gangguan bekalan elektrik.

Pengundi kemudiannya terus ke tempat undi untuk membuat 
pilihannya, dengan menggunakan cap getah berbentuk pena (kiri), memasukkan kertas undi ke dalam sampul surat dengan label dilekatkan, dan memasukkannya ke dalam peti undi.

P/s: Dulu Korea dan Malaysia seiring sahaja dalam pembangunan
Hingga sampai satu masa Malaysia statik dan Korea terus maju
Malaysia kini ketinggalan
Mengapa jadi begitu?

No comments: