Tuesday 16 October 2012

Siapakah Bakal Menjadi Menteri Di Kementerian Hal Ehwal Islam?

Kementerian Hal Ehwal Islam boleh tangani pelbagai isu - Sinar Harian

KUALA LUMPUR - Cadangan menubuhkan sebuah Kementerian Hal Ehwal Islam dilihat mampu menangani isu berkaitan agama termasuk tuntutan hak asasi manusia yang keterlaluan seperti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata kementerian itu juga boleh mengurangkan kebimbangan umat Islam berhubung perkara bercanggah dengan ajaran Islam serta pegangan Ahli Sunnah seperti penerbitan buku yang mengelirukan.

"Saya amat bersetuju kementerian ini diwujudkan kerana tekanan atau serangan yang berlaku sejak kebelakangan ini, khususnya berkaitan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang bersangkut-paut dengan soal hukum," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2013 peringkat dasar di Dewan Rakyat hari ini.

Cadangan penubuhan kementerian itu disuarakan Datuk Taib Azamudden Md Taib (PAS-Baling) ketika sesi perbahasan, namun pernah dibangkitkan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) pada Ogos 2011.

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata kerajaan berpendapat agensi dan jabatan berkaitan hal ehwal Islam masih sesuai diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri supaya lebih berkesan dalam melaksanakan program serta aktivitinya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata pada masa ini, kerja penyelarasan bagi menangani masalah melibatkan umat Islam dilaksanakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama negeri dan agensi berkaitan.

Taib Azamudden, yang bangun mencelah, berkata beliau yakin cadangan penubuhan Kementerian Hal Ehwal Islam itu akan diterima Majlis Raja-Raja.

"Kementerian yang khusus dapat membantu pengurusan yang cekap sehingga ke peringkat negeri. Kita tidak mahu pengurusan Islam seolah-olah ibarat melepas batuk di tangga.

"Saya bukan menafikan kemampuan sedia ada, tetapi penting pengurusan Islam dilaksanakan dengan lebih matang dan dapat diuruskan di bawah satu bumbung," katanya.

P/s: Ini tandanya apa?
Jamil Khir menidakkan peranan JATI
Maksudnya JATI tak boleh tangani pelbagai isu
Maksudnya Hassan Ali kena tibai dengan Jamil Khir
Hahaha!!!

Jamil Khir juga mahu tampil sebagai hero Islam di Malaysia
Nak tunjuk muka supaya dicalonkan di PRU13
Tu pun kalau menang la
Kalau menang boleh jadi Menteri di Kementerian Hal Ehwal Islam
Hahaha!!!

Habis Hassan Ali nak letak di mana?
Isu akidah bagaimana?
Hassan Ali akan kekurangan kerja
Kerana Kementerian Hal Ehwal Islam ini akan menangani isu akidah
Hahaha!!!

Sabtu Ini Kita Berhimpun Di Cameron Highland!!!

No comments: