Thursday, 11 October 2012

Puluhan Juta Wang Seludup Untuk Umno Sabah!

'RM40j wang seludup untuk Umno Sabah, bukan Musa' - Mkini

Menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen hari ini.

Usahawan tersebut yang dikenalpasi sebagai Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur.

Susulan itu, Chia dituduh atas dakwaan terlibat dalam penggubahan wang haram orang suruhanjaya pencegahan rasuah Hong Kong.

Laporan menyebut, siasatan ICAC itu turut menunjukkan bahawa wang berkenaan diperuntukkan untuk Musa dan merupakan sebahagian daripada dana yang dideposit ke akaun bank Switzerland menganduni AS$30 juta, didakwa dipegang secara amanah untuk ketua menteri itu oleh seorang peguam.

P/s: Mengata Pakatan Rakyat, UmnoBN yang lebih!

Sabtu ini kita berkonsert di Stadium Klana Jaya!

12 comments:

Saya orang Sabah bah!! said...

Betulkah apa yang dilaporkan ini? Memang terkejutlah juga. Akhirnya semua teka-teki ini terjawab dan mengatakan Datuk Musa tidak bersalah.

Saya orang Sabah bah!! said...

Jadi tidak perlulah percaya dengan sepenuhnya lagi jika ada berita yang kurang baik. Sebaiknya tunggu laporan yang tepat bagi memastikan kebenaran.

kili said...

nampaknya ia bukan untuk Musa, dan Musa tak terlibat dalam hal tersebut.

Borneo Bullet said...

Read More: SPRM akui siasatan sudah selesai

Pihak SPRM sendiri mengakui bahawa siasatan sudah selesai. Bermakna badan ini telah gagal membuktikan bahawa Datuk Musa Aman terlibat dengan skandal rasuah pembalakan. Adakah disebabkan desakan bertubi-tubi pihak pembangkang, maka SPRM terpaksa berusaha membuktikan pihak yang tidak bersalah sebagai bersalah?

Ketiadaan atau kekurangan bahan bukti selepas 16 tahun isu ini dimainkan cukup untuk membuktikan bahawa Datuk Musa Aman tidak terlibat dengan skandal pembalakan atau skandal pengubahan wang haram sebagaimana yang dimomokkan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dan juga NGO tajaan mereka.

Jika pemimpin-pemimpin pembangkang masih terus mendesak SPRM supaya membuktikan yang tidak bersalah sebagai bersalah, kenapa tidak desak SPRM untuk terus mencari bahan bukti bagi kes RM4 bilion Jeffrey Kitingan dan skandal SAS Datuk Yong Teck Lee? atau mungkin MP PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayub sendiri perlu arahkan pihak polis untuk terus mencari bahan bukti bagi kes liwat Anwar sekalipun perbicaraan kes itu sudah selesai.

Rakyat Sabah jangan mudah terpengaruh dengan dakyah politik pembangkang. Niat mereka hanya satu, iaitu untuk merampas kuasa, bukannya menegakkan kebenaran. Dipihak mereka sendiri banyak berlaku penyelewengan, penindasan, diskriminasi dan ketidak-cekapan pentadbiran.

Walau berpuluh tahun pun isu ini dimainkan, cukuplah hanya sekali Datuk Musa Aman menafikan tuduhan ini dan menegaskan bahawa beliau bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa.

Anonymous said...

Walau bagaimana pun Musa Aman tidak bersalah. duit tu bukan digunakan untuk peribadi.

Anonymous said...

SPRM membuktikan Musa Aman tidak bersalah.

Anonymous said...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membersihkan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan hartawan balak, Michael Chia. Akhirnya kebenaran dah didedahkan.

Anonymous said...

Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu.

Anonymous said...

Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.

Anonymous said...

Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menter seperti didakwa.

Harryzan Aming said...

Pembohongan menjadi rutin harian pembangkang

Meroyan tak henti-henti la pembangkang selepas ini apabila isu yang ditatang bagai minyak yang penuh sejak 2008 tidak sempat dimanfaatkan pada PRU13 nanti. Hancur luluh harapan pembangkang apabila Peguam Negara memutuskan tidak ada unsur rasuah yang membabitkan Datuk Musa Aman dengan ahli perniagaan Micheal Chia Tien Foh, sekaligus menafikan penglibatan Datuk Musa Aman dalam skandal pembalakan haram serta penggubahan wang haram sebagaimana yang disensasikan oleh pemimpin-pemimpin pembangkang, media serta NGO tajaan mereka.

Dengan penjelasan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkenaan dengan tuduhan ini, maka berakhirlah persoalan yang selama ini menjadi teka-teki dikalangan rakyat Sabah. Penjelasan ini bukan sahaja membuktikan bahawa Datuk Musa Aman tidak bersalah, malah membuktikan bahawa penyebaran pembohongan seperti ini sudah menjadi rutin harian pemimpin-pemimpin pembangkang.

jackie said...

Sudah terbukti yang KM kita tidak terlibat, harap isu ini tidak berpanjangan.