Sunday 23 December 2012

Demo Aman Dihadapan Penjara Kajang - Solidariti Untuk Umar

Ini bukan bertujuan untuk hebahan
Ini bukan juga bertujuan untuk menghasut
Cuma ini adalah sebuah persoalan
Sebuah pertanyaan
Kepada aku, kamu semua dan mereka
Siapa yang boleh memberi jawapan?
Berapa ramai yang akan berdemo di hadapan penjara Kajang?
Siapa yang akan ikut serta?
Bila dan sampai bila?
Ada yang berminat?
Ada yang terfikir tentang idea ini?
Nah, lakukan sahaja!

Sosok tubuh bernama Umar dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan menghalang tugas penjawat awam (rasa aku la)
Ini berlaku sewaktu demo tuntut mansuh PTPTN
Apa yang jahatnya dengan demo ini?
Jahatnya demo ini ialah menuntut supaya Ah Long berlesen ini dimansuhkan
Kemudian menyediakan pendidikan percuma (ini pun jahat ke?)

Bagaimana dengan perasuah dan pengkorupsi yang masih bebas?
Berapa ramai yang telah disumbatkan ke dalam penjara?
Khir Toyo masih lagi berkeliaran di luar sana
Isu NFC masih lagi belum selesai
Keluarga Shahrizat masih bebas
Sekarang isu pendedahan Deepak
Semua pihak berkuasa seakan mendiamkan diri
Tentu ramai yang gembira dengan fenomena ini
Si pejuang di penjara
Si Pencelaka-pencelaka ini terus bebas (disiarkan pula di media dengan wajah ala-ala malaikat gitu)

P/s: BTJ sengaja berceloteh di hujung minggu. Mengaktifkan otak agar tidak beku macam otak kebanyakkan ahli UmnoBN. Hahaha!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: