Friday 7 December 2012

Cabut Jangan Tak Cabut AES Itu

JPJ harap Selangor tidak tutup kamera AES petang ini - Sinar Harian

SHAH ALAM - "Ini bukan soal mereka berhak atau tidak. Ini soal moral." Demikian ketegasan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan ditanya mengenai tindakan Kerajaan Negeri Selangor yang mahu menutup kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES), yang didakwa telah dipasang secara haram di negeri itu, pada jam 2.30 petang ini.

Katanya, aspek kepentingan moral iaitu menjaga kepentingan nyawa awam perlu diutamakan berbanding soal hak dari segi undang-undang boleh dipasang atau tidak kamera AES.

"Kami hendak menjaga nyawa orang ramai. Mereka hendak menghalang usaha ini... ini soal moral," kata beliau ketika dihubungi lewat malam tadi.

Ketika ditanya tindakan JPJ memandangkan Kerajaan Negeri Selangor mahu kamera AES di negeri itu ditutup hari ini, Solah berkata, "kita tengok apa merek hendak buat."

Katanya, tindakan susulan diambil selepas "melihat" perkembangan petang ini.

"Tunggu dulu," katanya sama ada akan mengambil tindakan awal sebelum jam 2.30 petang ini.

Bagaimanapun beliau masih yakin tindakan menutup kamera, sebagaimana diumumkan semalam, tidak akan diambil.

Semalam, Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor, Ronnie Liu berkata, notis 14 hari yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Sepang sebelum ini yang telah tamat tempohnya.

Katanya, idea untuk menutup kamera AES dikemukakan oleh Menteri Besar sendiri, di mana beliau berlembut hati untuk memberi peluang kepada mereka, "sebab itu kita tidak mahu bertindak untuk menanggalkannya walaupun notis itu sudah tamat."

Katanya, Majlis Perbandaran Sepang telah mengeluarkan notis 14 hari yang baru kepada kontraktor dan pihak JPJ setelah notis pertama tidak diendahkan mereka.

P/s: Jika mahu sembang soal moral
Semang la soal moral dalam JPJ
Berapa kakitangan JPJ yang kurang ajar dengan pelanggan?
BTJ tak kata semua tapi BTJ sendiri ada pengalaman
Ingat dulu pernah ada isu lesen terbang
Ini moral apa?
Sekarang ada gerenti lulus
Ini moral apa?




No comments: