Thursday 20 December 2012

Demokrasi Diurus Dengan Samseng

Demokrasi perlu diurus dengan bijaksana, kata Najib - Sinar Harian



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, demokrasi perlu diuruskan dengan bijaksana dan berkesan bagi membolehkan negara dan rakyat Malaysia mencapai pembangunan mantap.

Beliau mengingatkan rakyat supaya jangan membenarkan sesiapapun memperalat dan memanipulasi demokrasi kerana ini boleh membawa mereka ke jurang kemusnahan.

"Demokrasi hendaklah dipertahan dan digunakan dengan bijaksana sebagai satu cara memilih barisan pemimpin yang benar-benar berkebolehan dan berkualiti.

"Jika tidak, masa depan negara dan rakyat akan diselubungi kegelapan. Inilah yang sering disuarakan (bekas perdana menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad," kata Najib dalam ucapannya pada 'Malam Gala - Tun Dr Mahathir Legasi Tersohor' di sini malam ini.

Jamuan malam yang berlangsung sempena Konvensyen Pemikiran Tun Dr Mahathir itu turut menyaksikan pelancaran 'The Mahathir Distinguished Fellowship Programme'.

Teks ucapan Najib dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Najib menegaskan seorang pemimpin yang baik perlu mempunyai visi dan teguh dengan janji melaksanakan misi kepimpinannya.

Menurutnya orang yang hanya tahu menabur janji terutama yang tidak munasabah, tidak boleh dianggap pemimpin sebenar.

"Kepimpinan bukanlah perbuatan menabur janji manis. Kepimpinan ialah tentang bagaimana seseorang itu bijak dan jujur menggunakan kewibawaannya untuk mencapai wawasannya," tegas Najib.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata pembangunan yang dicapai Malaysia pada masa ini bukanlah hasil kerja seorang perdana menteri.

"Kesemua enam perdana menteri Malaysia memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan negara," katanya sambil menambah kecekapan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab mereka turut menjadi faktor kejayaan itu.

Dr Mahathir menegaskan sistem pentadbiran yang cekap serta sokongan padu rakyat membolehkan kerajaan melakar kemajuan buat negara dan membawa kemakmuran kepada rakyat.

Beliau turut menekankan pentingnya mengambil iktibar daripada sejarah supaya negara tidak mengulangi kesilapan yang berlaku sebelum ini. Bernama



P/s: Apa tindakan yang bijaksananya?
Urus demokrasi guna samseng ade la
Urus demokrasi dengan korupsi ade la
Urus demokrasi dengan kroni ade la
Woi!!! Jika bijak urus demokrasi
Tak wujud slogan "Janji Ditepati"
Hahaha!!!

Rakyat yang bijak pilih demokrasi
Turun ke jalan raya akan menjadi pilihan hati
Hahaha!!!

No comments: