Thursday 13 December 2012

Syukur Tetap Syukur, Royalti Tetap Dituntut!

Medan minyak Bertam: Hormati keputusan - Sinar Harian

KUANTAN – Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bertitah supaya menghormati keputusan kerajaan berkaitan hak milik kawasan minyak di Blok PM307 Bertam.

Baginda juga tidak mahu perkara itu diperbesarkan kerana kawasan telaga minyak itu sudahpun diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi milik Pahang.

“Tak apalah, semuanya sudah diputuskan oleh Perdana Menteri sendiri dan beta juga telah dimaklumkan mengenai perkara itu pada Hari Keputeraan beta baru-baru ini.

“Apa pun, rakyat Pahang perlu bersyukur kepada ALLAH SWT dengan kurniaan itu,” titahnya berhubung kenyataan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengenai status kawasan minyak itu.

Baginda bertitah demikian selepas menyempurnakan Majlis Perletakan Batu Asas Hospital Pengajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di UIAM Kampus Kuantan, di sini semalam.

Ahmad Said dalam kenyataannya berkata, kawasan medan minyak di luar pantai semenanjung antara Terengganu dan Pahang itu adalah milik Terengganu.

Katanya, Kerajaan Negeri Terengganu juga sudah menulis surat secara rasmi kepada Petronas untuk mendapatkan penjelasan mengenai penemuan minyak di blok tersebut.

Beliau turut menerima surat daripada Syarikat Lundin Oil (syarikat carigali yang berpangkalan di Sweden) yang melaksanakan kerja carigali di kawasan berkenaan mengesahkan bahawa ia adalah di perairan Terengganu.

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula minta Najib jelaskan kedudukan sebenar kawasan minyak itu.

P/s: Alhamdulillah
BTJ memang bersyukur sangat-sangat
Tuanku Sultan tentu lagi bersyukur
Segala kroni pemerintah juga pasti lagi bersyukur
Rakyat Pahang mesti pastikan royalti minyak diberi kepada Pahang
JIka nak lebih banyak undilah Pakatan Rakyat
20% sudah dijanjikan
Jika Pakatan Rakyat tidak tunaikan
Para aktivis Royalti akan turun ke jalan
Jika wang royalti tidak pula sampai kepada rakyat Pahang
Ada pula pihak yang songlap
Para aktivis Royalti akan turun ke jalan!
Januari 2013 ayuh kita turun ke jalan!
#KL112




No comments: