Tuesday 4 December 2012

Kenyataan Kurang Cerdik Rais Yatim

Rais: Lupakan hasrat tukar kerajaan - Sinar Harian


Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim

KUALA LUMPUR - Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim meminta rakyat negara ini supaya melupakan hasrat untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang.

Sebaliknya, beliau menyeru mereka yang ingin melakukan transformasi, agar melaksanakannya bersama-sama dengan kerajaan yang telah dan sedang berbuat demikian.

"Siapa yang menyatakan mereka hendak buat transformasi, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat, sedang dan terus buat transformasi untuk kebaikan kita semua.

"Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 Arkib Negara Malaysia di sini hari ini.

Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dilihat sependapat mengenai bahayanya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan tanpa pertimbangan adil dan teliti.

Tunku Abdul Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan segelintir rakyat bereksperimen menukar kerajaan itu dilakukan hanya kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang yang hanya akan mengakibatkan kerugian dalam jangkamasa panjang. - Bernama

P/s: Hahaha!!!
Berapa lama dah mamat ni hidup?
Berapa lama dah mamat ni jadi Menteri?
Berapa banyak kementerian dah yang dia ketuai?
Betul ke mamat ni lulusan universiti?
Hahaha!!!

Jika tak mahu rakyat undi parti lain
Baik tak payah buat pilihanraya terus
JImat wang negara
Jimat wang parti
Baik tubuh negara Komunis!
hahaha!!!




No comments: