Thursday 27 December 2012

Apa Reaksi Spontan Anak-anak Muda Terhadap Rebet RM200 Untuk Pembelian Telefon Pintar?

BTJ salin bulat-bulat dari Blog Omak Kau!!!!


Rebat RM200 hanya untuk telefon pintar harga RM500

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjelaskan bahawa rebat RM200 untuk telefon pintar yang diumumkan dalam Bajet 2013 hanyalah untuk telefon pintar yang berharga maksimum RM500.

SKMM telah menerbitkan kriteria berikut dalam lamanwebnya:

1) Warganegara Malaysia berumur 21 tahun hingga 30 tahun.

2) Berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah.

3) Model telefon pintar 3G yang diluluskan dengan harga maksimum RM500.

4) Pelanggan jalur-lebar mudah-alih sedia ada atau pakej baru.

5) Hanya satu telefon pintar untuk seorang belia.


Menurut notis yang disiarkan semalam, program rebat di bawah Inisiatif Jalur Lebar Kebangsaan (NBI) telah diperuntukkan sejumlah RM300 juta oleh kerajaan yang akan memberi manfaat kepada 1.5 juta belia.

Permohonan untuk rebat adalah terbuka dari 1 Januari hingga 31 Disember 2013 dan para belia yang berminat boleh memohon melalui lamanweb SKMM.

Bagaimanapun, mendapati lamanweb tidak boleh diakses sejak pagi ini.

Pada 28 September, di bawah Bajet 2013, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebat RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G untuk belia berumur 21 hingga 30 tahun, dengan pendapatan bulanan RM3,000 ke bawah atau tanpa pendapatan bulanan, daripada peniaga yang dibenarkan bawah Pakej Komunikasi Belia.

Budak UITM kena tipu
Gembira tak tentu pasal

Hahaha!!!

Ini bukan tipu
Anak-anak muda siap sedia!!!



No comments: