Tuesday 29 November 2011

Angkat Pihak Parti Pembangkang - Demi Rakyat!

Sinaran Hairan: Perjuangan demi rakyat berhasil

JOHOR BAHRU – PKR mendakwa perjuangan dibawa parti itu sejak beberapa tahun lalu bagi memperjuangkan nasib rakyat, berjaya mengubah kepimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Naib Presidennya, Nurul Izzah Anwar berkata demi­kian ketika membuat ucapan penggulungannya pada Kongres Nasional Tahunan Keadilan Kelapan, sekali gus merujuk kepada pembentukan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) Berhubung Penambahbaikan Pilihan Raya.

Katanya, jawatankuasa itu ditubuhkan kerajaan BN, susulan kebangkitan rakyat menerusi Perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang diadakan Julai lalu.

“Kita berjaya desak kerajaan menangguhkan akta cukai barangan dan perkhidmatan (GST). Kita juga berjaya desak ordinan darurat dibatalkan.

“Dan bersama Bersih, kita berjaya paksa BN menubuhkan PSC untuk pilihan raya yang sebelum ini tidak pernah mengakui bahawa reformasi pilihan raya itu perlu,” katanya.

Dalam ucapannya itu, Nurul Izzah turut menyeru se­luruh ahli PKR, meneruskan perjuangan keadilan semua rak­yat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama mahupun kepercayaan, selaras dengan penubuhan PKR yang mahu membawa reformasi politik adil.

P/s: Inilah tugas parti pembangkang dalam parlimen. Menjadi timbang-tara bagi parti yang memerintah dalam membuat sebarang keputusan. Parti pembangkang tidak boleh dilihat seperti pihak yang jahat seperti yang digambarkan oleh parti pemerintah. Hasilnya, rakyat yang untung.

Jadi, rakyat wajib pastikan pihak parti pembangkang mempunyai suara yang kuat bagi memastikan sebarang keputusan yang dibuat oleh parti pemerintah adalah menguntungkan rakyat!

Demi Rakyat Tolak Lynas!


No comments: