Tuesday 29 November 2011

Ayuh Anak-anak Muda - Occupy Bakal Menawan Bangunan Parlimen

Mkini: Pergerakan 'Occupy' akan 'duduki' Parlimen, esok

Sekumpulan aktivis bertujuan membawa pergerakan antarabangsa ‘Occupy’ ke bangunan Parlimen esok, sebagai bantahan terhadap Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011, yang dijadual dibahaskan dan dibentang untuk bacaan kali kedua.

Sehubungan itu, Occupy meminta orang ramai berhimpun di hadapan bangunan Parlimen selama tiga hari berturut-turut, bermula jam 11 pagi esok.

Kumpulan itu dipelopori Dewan Perhimpunan Rakyat KL yang sebelum ini terbabit dengan pergerakan Occupy Dataran yang mengadakan pelbagai aktiviti di Dataran Merdeka sejak Ogos lalu.

Dalam satu kenyataan media, kumpulan itu berkata rang undang-undang yang cuba dibentangkan kerajaan BN itu bertujuan menyekat kebebasan rakyat tanpa sebrang rundingan dengan orang ramai.Dakwa mereka, tindakan itu jelas bertentangan dengan amalan demokrasi di negara ini.

"Kami, Dewan Perhimpunan Rakyat KL, berpendapat bahawa amalan semasa membuat keputusan mengenai dasar-dasar yang memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia adalah tidak demokratik. Ini kerana tidak ada ruang untuk orang ramai mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan.

"Kami berpendapat bahawa kebebasan untuk berhimpun secara aman tanpa sekatan adalah asas dalam mana-mana demokrasi yang berfungsi. Malah, hak itu juga dijamin dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan," petik kenyataan itu.

Menurut kumpulan itu , rang udang-undang itu jelas mendiskriminasikan bukan warganegara, kanak-kanak dan belia di bawah umur 21 tahun kerana kumpulan-kumpulan berrkenan dilarang daripada menganjurkan perhimpunan.

"Rang undang-undang memperuntukan pihak berkuasa untuk menetapkan di mana dan bagaimana perhimpunan boleh diadakan. Intipati hak untuk berhimpun secara aman lenyap dengan sekatan seumpama ini."

Justeru, Occupy menuntut kerajaan menarik balik rang undang-undang itu pada kadar segera dan mencadangkan suara rakyat diambil kira sebelum mana-mana undang-undang atau polisi digubal.

Selain Occupy, Majlis Peguam juga telah mengarahkan semua peguam di bawah persatuan itu untuk turut berarak bermula dari Kelab Tasik Diraja ke bangunan Parlimen, pada jam 11 pagi bagi menyerahkan nota bantahan.

Persatuan Dayak Iban Sarawak, sebuah NGO di Kuching pula akan mengadakan bantahan di Bangunan Lama Mahkamah di Kuching.

P/s: Inilah fenomena yang paling menakutkan Mahathir!

Inilah fenomena yang sangat menyeramkan Mahathir!

Inilah fenomena yang sedang menghantui Najib dan konco-konconya!

Demonstrasi telah jadi budaya kita!

Berhimpun di jalan raya dan berarak dah jadi budaya kita!

Ayuh hari esok sama-sama kita berhimpun dan berarak!

Biar seluruh Malaysia dan dunia lihat!

Ini bukti rakyat Malaysia prihatin dan ambil berat terhadap nasib negara!

Bukan macam Rosmah yang prihatin tentang beg tangan, cincin dan gelang!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!

BERSIH 3.0 Juga Bakal Menakluk Bangunan Parlimen!













Demonstrasi Budaya Anda Tapi Bukan Saya!















HAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!

No comments: