Tuesday 29 November 2011

Seruan Baik Bakal PM Malaysia


Sinaran Hairan: Pemimpin politik dunia perlu amalkan nilai murni

KUALA LUMPUR - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkata pemimpin politik perlu terus mencontohi nilai-nilai murni yang diamalkan nenek moyang mereka bagi memastikan kejayaan perubahan politik, ekonomi dan sosial di pentas global.

Timbalan Perdana Menteri berkata mereka juga perlu menghormati kepelbagaian ketamadunan dan menggalakkan hubungan kejiranan baik dengan menghormati pilihan masing-masing dalam soal pembangunan dan usaha menggalakkan pembangunan ekonomi dan sosial serta meningkatkan kehidupan rakyat.

"Kita perlu terjemahkan kepelbagaian di dunia kita kepada kuasa pemacu bagi perubahan dan kerjasama lebih dinamik, meningkatkan persefahaman bersama dan kepercayaan dan bawa kerjasama kita ke peringkat lebih tinggi," katanya.

Muhyiddin berkata demikian pada majlis penutup forum antarabangsa bertema "Transformasi Politik, Ekonomi dan Sosial Dalam Era Krisis Global" sempena Perhimpunan Agung Umno, di sini.

Timbalan Perdana Menteri berkata parti-parti politik dunia juga perlu melakukan perubahan terhadap corak pembangunan dan menggalakkan pembangunan menyeluruh.

P/s: Bagus betul seruan TPM Malaysia ni. PM Malaysia wajib mencontohinya atau biar TPM la yang jadi PM akan datang. HAHAHAHAHAHAHAHA!!

Tapi Muhyiddin ni kata nilai murni tentang apa? Salah satu nilai murni ialah bercakap benar. Jadi Shahrizat, Noh Omar dan Muhyiddin kena cakap benar tentang isu NFC! HAHAHAHAHAHA!!

Seruan Muhyiddin ni patut disampaikan kepada ahli-ahli-dan pemimpin-pemimpin Umno terlebih dahulu sebelum disampaikan kepada parti-parti politik seluruh dunia. Buat malu je, seluruh tahu "nilai murni" Umno! HAHAHAHAHAHAHAHA!!

Adakah rasuah salah satu nilai murni dalam Umno?

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

BERSIH 3.0 Juga Ada Nilai Murni!


Lynas Bukan Nilai Murni!

No comments: