Khaled Nordin
PASIR GUDANG – Mahasiswa berhak bersuara dan mempunyai platform sendiri untuk melontarkan sebarang pendapat di universiti masing-masing.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kementerian menghormati suara mahasiswa yang turut mempunyai tempat untuk menyumbang kepada pembangunan negara.

Namun katanya, mahasiswa perlu menjadi suara alternatif dan bukannya terikut-ikut dengan mana-mana parti politik.

“Banyak pihak banyak panda-ngan yang berbeza-beza, tetapi suara dari universiti itu kita harap (suara) mahasiswa bukan menjadi alat kepada mana-mana parti politik yang mempunyai kepentingan tersendiri.

“Kita anggap ia perkara baik membenarkan mahasiswa melahirkan pandangan yang berbeza untuk membuatkan setiap mereka berfikir bagi menguatkan lagi daya intelektual,” katanya selepas merasmikan Program Umno Juara Rakyat di Taman Air Biru, di sini, semalam.

Mohamed Khaled yang juga Ahli Parlimen Pasir Gudang berkata, program anjuran bersama Pusat Daerah Mengundi Taman Air Biru berjaya mengumpulkan seramai 120 peserta berkhatan beramai-ramai.

Menurutnya, program itu berjaya menghidupkan nilai kemasyarakatan yang berhadapan dengan pembangunan sehingga mewujudkan kalangan masyarakat yang me-ngutamakan faktor keindividuan.

“Sekiranya nilai kemasyarakatan tidak dapat dibangunkan, asas kekuatan negara tidak dapat dibina kerana hidup bermasyarakat banyak kebaikannya.

“Masyarakat perlu ada usaha untuk memelihara nilai itu untuk mengelakkan perpecahan melalui kehadiran orang luar yang ingin pecah belahkan keharmonian hidup bermasyarakat di kawasan ini,” katanya.

-Inilah Menteri Pengajian Tinggi yang paling menghormati mahasisiwa!
-Inilah Menteri Pengajian Tinggi yang menghargai suara alternatif dari mahasiswa!
-Inilah Menteri Pengajian Tinggi yang mahu merayu di Mahkamah Rayuan berkaitan kes UKM4 yang terlepas!
-Inilah Menteri Pengajian Tinggi yang tidak sebulu dengan Timbalannya!
-Timbalannya berjuang untuk mansuhkan AUKU, dia pula terus nak bodohkan mahasiswa!
-Kesian Menteri ni, elok sunat lagi sekali sama dengan budak-budak tu! HAHAHAHAHAHAHA

BTJ Menyokong Tuntutan Ini!