Monday 21 November 2011

Timbalan Menteri Belia & Sukan Meroyan?

Mkini: Pakatan 'racuni' peminat Indonesia benci M'sia

Timbalan Menteri Sukan Datuk Razali Ibrahim, hari ini, menyalahkan pemimpin-pemimpin pembangkang berhubung layanan buruk yang diterima pasukan Malaysia oleh peminat sukan Indonesia pada Sukan SEA ke-26 yang sedang berlaku di Jakarta.

"Mengapa mereka pendam kebencian sebegitu terhadap kita? Kenapa tidak Thailand? Mengapa tidak orang lain? Ia bukan kerana persepi penganiayaan terhadap rakyat Indonesia.

"Pada pendapat saya, ia adalah kerana pemimpin-pemimpin pembangkang yang seringkali ke Indonesia dan memburuk-burukkan negara ini.

"Mereka melabel perkataan buruk terhadap Malaysia, umpamanya ‘Maling’ yang dalam bahasa Indonesia bererti pencuri," kata Razali semasa penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang Bekalan 2012, kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam, pengurus skuad negara, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pasukan bola sepak Malaysia berkemungkinan akan menaiki kereta perisai Barracuda untuk ke Stadium Gelora Bung Karno bagi perlawanan akhir malam ini.

Beliau berkata, keselamatan pemain adalah lebih penting dan langkah menaiki kereta perisai tersebut bukanlah asing buat skuad itu dalam menghadapi kira-kira 100,000 penyokong yang mahu melihat Malaysia ditundukkan.

P/s: Apsal tiba-tiba mamat ni meroyan tak tentu pasal? Tiada angin tiada ribut tiada hujan dan tiada guruh, Pakatan dikata 'racuni' peminat Indonesia.

Woi!!!! Hebat betul Pakatan hingga boleh 'meracuni' penyokong Indonesia yang jumlah ratusan ribu tu!

Woi!!!! Hebat betul Pakatan kerana telah mendapat pengaruh di Indonesia!

Woi!!!! Tapi mengapa keluar kenyataan ni tiba-tiba je?!!

Woi!!!! Nak tonjolkan diri untuk dicalon PRU-13 ke?!!

Woi!!!! Takut diri tak dicalon untuk PRU-13 ke?

Woi!!!! Cara mudah untuk jadi calon, pergi ampu makcik Rosmah!!

HAHAHAHAHAHAHAHAHA

2 comments:

Anonymous said...

Org "be end" buta ke ape? Masih x nmpk ape yg berlaku? Menteri2 korg yg x betuul, tu sbb persepsi org indon buruk kt msia, bkn sbb pembangkang. Kes high profile lupe? Dn mcm2 lg la.mls aku nk criter. Pikior la sendri

Anonymous said...

Utusan meloya 23 nov: "rumusan akhbar The Jakarta Post berkata, perlawanan antara msia dan indon ps sukan sea itu berlangsung dlm suasana penuh emosi. Ini kerana perlawanan itu diadakan ketika hbngn kedua2 negara sering diuji dgn pelbgai isu termasuk isu perbatasan,pembantu rumah dan dakwaan pemilikan kesenian dan kebudayaan". So apa hal plak pakatan pembangkang dijadikan kambing itam. "Be end" bukak mata plz. Ni laporan paper korg, aku x tambah n kurangkn skit pun. Pk sendri