Ahmad Maslan: Tidak guna Nurul Izzah berdolak-dalih Sinar Harian
KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan meminta supaya naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar tidak lagi berdolak-dalik berhubung kenyataan kontroversi dalam satu forum baru-baru ini.
Beliau berkata semua bahan bukti seperti rakaman video dan transkripsi ucapan dalam forum itu sudah ada disiarkan dalam internet termasuk di Youtube.
Katanya, anggota parlimen Lembah Pantai itu juga tidak perlu memesongkan perhatian orang ramai dengan menyaman akhbar lain dan mendakwa apa yang dilaporkan akhbar itu tidak benar.
"Segalanya jelas, kenapa perlu dia (Nurul Izzah) menafikannya. Kalau dah tersalah cakap, minta maaf, jangan hendak menyalahkan segalanya salah Umno, salah Utusan, salah akhbar.
"Kalau dah salah tu, nyatakan salah dan tarik balik. Betulkan kembali, bertaubat dan mohon maaf secara terbuka," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama penceramah-penceramah Umno di sini hari ini.
Di SHAH ALAM, Nurul Izzah ditemani peguam Fadlina Sidik hari ini hadir ke Jabatan Agama Islam Islam Selangor (Jais) bagi memberi penjelasan berhubung kenyataan tersebut.
"Saya hadir ke sini ditemani peguam. Selain memberi penjelasan, saya juga membuat aduan kepada Jais mengenai laporan berita oleh beberapa akhbar tempatan yang mendakwa saya menyokong masyarakat Melayu bebas memilih agama," katanya
kepada pemberita selepas bertemu pengarah Jais Datuk Marzuki Hussin di pejabat Jais di sini.
Baru-baru ini sebuah portal berita melaporkan memetik Nurul Izzah sebagai berkata bahawa setiap rakyat di negara ini termasuk orang Melayu tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama-agama tertentu.
Portal berita pro-pembangkang itu memetik Nurul Izzah sebagai berkata, "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu."
Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata."
Dalam pada itu, Ahmad berkata Penerangan Umno akan mengadakan sesi penerangan di peringkat akar umbi mengenai perkara ini yang dianggap satu kenyataan yang amat berat dan dahsyat dikeluarkan oleh seorang berjawatan tinggi dalam PKR.
Katanya, di Malaysia, berdasarkan Perlembagaan, fahaman kebebasan beragama dalam konteks umat Islam tidak terpakai, tetapi menghormati kebebasan beragama untuk bangsa lain.
"Apakah mereka ingin mengubah perlembagaan apabila memerintah selepas pilihan raya umum nanti. Kita tidak akan biarkan mereka memerintah kalau itulah akibatnya nanti," katanya.- Bernama
Lagi nak dolak-dalih?
Bila nak bertindak?
Polis rembat rakyat dibiarkan terlepas!!!
P/s: Ada pula begitu ye
Selama ini UmnoBN dah banyak berdolak-dalih
Pihak berkuasa dah banyak berdolak-dalih dengan rakyat
Bukti dalam internet seperti youtube dan facebook dah tersebar luas
Apa tindakan?
Kita ke jalan raya 12 Januari 2013!!!
No comments:
Post a Comment