Friday, 23 November 2012

Lagi Pemimpin Umno Tampil Sokong Hadi Jadi PM

Masuk BN jika mahu jadi PM - Sinar Harian

KUALA TERENGGANU – Pas perlu menyertai Barisan Nasional (BN) jika mahu memastikan presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berjaya menjawat jawatan Perdana Menteri.

Naib Ketua Umno Bahagian Marang, Datuk Razali Idris berkata, gabungan Pas dalam BN akan membantu menambahkan majoriti Melayu dalam Umno, sekali gus akan memungkinkan Presiden Pas untuk menjadi ketua tadbir negara.

Menurutnya, Umno sudah tentu bersikap terbuka dan beliau yakin pimpinan parti itu juga akan menerima pemimpin Pas untuk memerintah negara, sekali gus lebih memartabatkan agenda Islam serta pelaksanaan Islam.

“Sekarang Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri adalah pemimpin Umno. Kalau Pas bergabung dalam BN, sudah tentu ia boleh dibincang. Mungkin pemimpin Umno jadi Perdana Menteri dan pemimpin Pas jadi Timbalan Perdana Menteri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kecelaruan yang berlaku dalam Pakatan Rakyat (PR) berhubung siapa yang layak menjadi Perdana Menteri jika pembangkang menang pada pilihan raya umum akan datang.

Razali berkata, Pas di peringkat bawah menginginkan Abdul Hadi sebagai Perdana Menteri kerana mereka tidak sedar bahawa pimpinan PR di peringkat Pusat termasuk pimpinan Pas sebenarnya sudah pun mengetahui bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal diangkat menyandang jawatan tersebut.

Beliau percaya, kepimpinan Pas tidak memaklumkan perkara itu kepada peringkat bawahan termasuk sayap partinya sendiri seperti Dewan Ulama Pas yang membangkitkan perkara itu dalam muktamar baru-baru ini.

“Apa yang ditimbulkan dalam muktamar itu seolah-olah mereka tidak tahu mengenai perkara itu, dan ini menunjukkan pimpinan Pas tidak memaklumkan kepada ahli parti mereka sendiri.

“Jadi, apabila perkara itu ditegaskan oleh Dewan Ulama Pas, terbongkarlah bahawa kepimpinan atasan Pas tidak pernah memberitahu ahli peringkat bawahan mengenai Anwar yang bakal menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Abdul Hadi juga telah kalah dari sudut pemilihan sebagai Perdana Menteri apabila PKR dan DAP masing-masing mengangkat Anwar untuk menyandang jawatan tersebut, termasuk di kalangan ahli Pas sendiri khususnya dari kalangan
Anwarinas.

Beliau percaya, keadaan itu juga mendorong Abdul Hadi bersuara untuk tidak bertanding dengan alasan sudah terlalu lama menjadi wakil rakyat, selain menyatakan untuk menjadi khadam jika Islam menang.

P/s: Sokong Hadi jadi PM tapi bersyarat
Kira ok la tu
Apa makna berita ini?
Siapa faham berita ini?
Sudah sangat jelas
Dalam Umno sendiri ada yang tidak menyokong Najib terus jadi PM
Mula-mula Tun Mahathir kata Hadi lebih layak jadi PM dari Anwar
Suara yang sama dinyatakan oleh pemimpin Pemuda Umno pula
Maknanya vateran dan pemuda Umno sudah tidak sokong Najib
Siapa lagi yang sokong Najib?
Masih nak bodek Najib dan Rosmah?
nampak gayanya Perhimpunan Agung Umno kali ini akan berdepan keadaan yang sukar
Mungkin akan pincang?
Kita sama-sama lihat
Dapatkan informasi dari media alternatif
Bukan TV3 ok!
Hahaha!!!
Jika PAS bersama dengan Umno
Kaki-kaki demo dalam PAS takkan nak demo dengan Perkasa plak
Hahaha!!!







1 comment:

aki net said...

Umno sokong TGHH jadi PM sampai ke langit untuk pecahkan PR. Perseden dah kata: Jangan sediakan rempah kalau belum dapat ikannya...