Tuesday, 6 November 2012

Ahmad Ditangkap Polis Semula Kerana Mendapatkan Khidmat Peguam?

Tangkap Ahmad semula satu 'salahguna proses mahkamah' - Mkini

Ahmad Abd Jalil, yang ditahan lewat malam Jumaat lalu kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, telah dibebaskan semalam tetapi kemudian ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza.

Peguamnya Fadiah Nadwa Fitri berkata penangkapan kedua Ahmad itu adalah satu bentuk "ugutan dan penyalahgunaan proses mahkamah".

Beliau berkata Ahmad pada mulanya dihadapkan ke mahkamah majistret Johor Baru selepas ditahan reman selama tiga hari di bawah Akta Hasutan ekoran pos di laman rangkaian sosial itu yang didakwa telah menyinggung baginda sultan.

Ahmad (kiri) ditangkap pada kali pertama berikutan tiga laporan polis yang dibuat terhadapnya di Johor.Fadiah berkata, Ahmad akan dihadapkan ke mahkamah sekali lagi hari ini oleh polis yang telah memohon untuk menahan remannya di bawah pertuduhan baru di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia.

Beliau menambah bahawa polis didakwa memberitahu keluarganya bahawa Ahmad ditangkap semula kerana mereka telah mendapatkan khidmat peguam untuk menguruskan kes tersebut.

"Ini benar-benar satu bentuk ugutan dan pelanggaran perlembagaan persekutuan," katanya.

"Hak untuk mendapatkan khidmat peguam dijamin di bawah Perkara 5 (3) Perlembagaan. Adakah ini sebuah negara polis sehingga orang ditangkap kerana mendapatkan khidmat peguam?" soalnya.

P/s: Sudah dibebaskan
Kemudian tangkap semula
Alasan tangkapan kedua sangat pelik
Adakah mendapatkan khidmat peguam merupakan satu kesalahan?
Setakat ini butir-butir dalam facebook yang mengatakan Ahmad Abd Jalil menghina Sultan Johor masih tidak didedahkan
Hina pemerintah sampai dua kali tangkap
Hina agama Islam langsung tiada tangkapan!



Malam Ini

Disember nanti



No comments: