Thursday 1 November 2012

Apa Kaitan Micheal Chia Dengan Nazri Aziz?

Rafizi dedah anak Nazri Aziz terima kenderaan mewah Michael Chia - TMI

Ahli parlimen Chua Tian Chang dan Zuraida Kamaruddin mendengar semasa Rafizi Ramli menunjukkan gambar ‘Hummer’ Nedim Nadzri semasa persidangan media di Parlimen pagi ini. — Gambar oleh Clara ChooiKUALA LUMPUR, 1 Nov — Rafizi Ramli mendedahkan bahawa anak kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, iaitu Nedim Nazri Aziz mendapat manfaat daripada Michael Chia melalui sebuah kenderaan mewah jenis Hummer hitam dengan nombor pendaftaran WNX 9776.

“Kereta mewah Hummer WNX 9776 ini bernilai RM459,000 dimiliki oleh Michael Chia, dan ini boleh disahkan melalui carian saman di laman web MyEG,” kata Rafizi (gambar) dalam sidang medianya di Parlimen hari ini.

Pengarah strategi PKR berkata, jawapan di dalam Parlimen oleh Nazri yang mempertahankan individu-individu yang disabitkan dengan skandal wang Umno Sabah menimbulkan banyak tanda tanya.

“PKR mempunyai bukti bahawa kaum keluarga Nazri menerima manfaat terus dari Chia, iaitu individu utama yang dituduh dalam skandal RM40 juta.

Rafizi mendakwa beliau mempunyai bukti bahawa keluarga Nazri menerima manfaat dari Michael Chia, yang terlibat dengan kes penyeludupan wang kepada ketua menteri Sabah, Datuk Musa Aman.

P/s: Kayalah keluarga Nazri Aziz ni
Rakyat pula dicekik dengan AES
Ura-ura kepada Umno Sabah
Sekrang terpalit kepada Nazri Aziz
Patut la takut nak isytihar harta!

No comments: