Wednesday, 21 November 2012

Solidariti Mahasiswa dan Anak Muda Untuk Gaza Jumaat Ini

Dari facebook TYB:

Kenapa TYB berstatus mengecam Mesir dan Turki dlm isu Palestine

Gua mengecam bukan kerana benci.Tapi mahu rakyat malaysia sedar punca masalahnya kenapa isu palestine tak dapat diselesaikan selama ini.Juga mahu kita sama2 meningkatkan tekanan pada negara2 jiran israel yg jadi tulang belakang kesinambungan Negara Israel.Peluang politik untuk memberi tekanan ini semakin besar setelah berlaku Arab Spring.

Jadi jgn lepaskan peluang untuk menekan mana2 negara yg membantu Israel.Sila tekan PAS(yg ada hubungan baik dgn IM dan AKP) utk mengutuk Morsi dan erdogen yg masih gagal bertindak sebagai seorg Pro Islam.

Mohon sama2 kita putuskan talian hayat israel!



Gencatan 'tak muncul', Israel terus bedil Gaza - Sinar Harian

GAZA CITY - Rundingan berhubung gencatan senjata untuk menamatkan konflik Gaza masih berterusan dan tiada lagi keputusan muktamad setakat ini walaupun laporan awal mendakwa sudah ada harapan ke arah itu.

Menurut pegawai dari Mesir, walaupun rundingan sedang diadakan, bedilan ke atas Gaza masih lagi berterusan dan hari ini masuk hari kelapan.

“Rundingan masih lagi diteruskan,” kata seorang pegawai Mesir yang enggan dikenali.

Beliau turut berkata yang Kaherah berharap agar perjanjian damai dan arahan gencatan senjata dapat direalisasikan.

Israel masih lagi tertekan dengan serangan roket dari Palestin oleh pihak Hamas dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton pula mengadakan lawatan ke Israel selepas menghadiri sidang kemuncak Asia lewat semalam.

Beliau yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dijadual berbincang dengan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dan Presiden Mesir, Mohammed Morsi.

"Presiden Obama telah meminta saya datang ke Israel dengan mesej yang jelas.

"Komitmen Amerika ke atas keselamatan Israel kukuh dan tidak goyah. Itu sebabnya kami percaya bahawa sangat penting untuk mengatasi ketegangan di Gaza," kata beliau dipetik CNN.

Israel pula bertubi-tubi melakukan serangan ke atas Palestin dan menyasarkan serangan ke bandar-bandar utama di sekitar Gaza yang diperintah Hamas kerana tidak mengiktiraf kewujudan Israel.

Pasukan perubatan di Gaza berkata, seramai 130 orang telah meninggal dunia akibat serangan Israel dan kebanyakannya orang awam terdiri daripada kanak-kanak.

Laporan CNN juga menyebut wujud situasi dan persekitaran seolah-olah serangan kemungkinan akan dihentikan.

Seorang pegawai Hamas memberitahu CNN bahawa "tempoh bertenang" akan diumumkan menjelang jam 9 malam tadi waktu tempatan (awal pagi ini, waktu Malaysia) tetapi tidak berlaku.

Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri kemudian memberitahu bahawa Israel tidak bersetuju dengan terma-terma yang akan membawa kepada usaha menghentikan pertempuran.

Begitu juga dikatakan oleh Presiden Mesir.

Menurut laporan malam tadi (waktu Malaysia), yang memetik Mohammed berkata, serangan Israel ke atas Gaza akan berakhir dalam "beberapa jam" lagi.

Beberapa jam kemudian, pejabat Presiden Mesir memberitahu CNN bahawa jangan mengharapkan apa-apa pengumuman sehingga lewat malam. Keadaan itu berterusan sehingga sekarang sementara tekanan antarabangsa semakin meningkat.

P/s: Inilah post pertama BTJ terhadap isu Palestin
Mungkin belum terlewat untuk mengetengahkan isu ini
Mungkin isu ini sudah terlalu lama berlaku
Tiada mana-mana pemimpin Islam yang benar-benar berani ke depan untuk membantai Israel dalam isu ini
Hanya kedengaran suara yang jarang-jarang
Jarang-jarang itu bila isu ini popular
Bila sudah sejuk
Pemimpin-pemimpin Islam ini kembali hilang suara
Khayal dengan dunia semula
Mungkin kerana ini nafsu BTJ untuk membincangkan isu ini agak lemah
Namun itu tidak bermakna BTJ tidak peka atau tidak mengambil berat
Jika boleh BTJ mahu berada di sana
Bersama dengan rakyat Palestin
Menyelami jiwa mereka
Maklumlah BTJ membesar dalam sebuah negara yang aman
Maksud aman ini aialah tanpa perang
Tapi aman dari jenayah jauh sama sekali
BTJ agak tertarik dengan isu kawan facebook BTJ iaitu TYB
Jika sekatan ekonomi terhadap Iran begitu pantas Malaysia melakukannya
Mengapa tidak terhadap Israel?
Malaysia, Turkey dan Mesir perlu ambil perhatian tentang isu ini!
Pemimpin 3 negara ini tahu apa yang mereka perlu lakukan bagi membantai Israel ini!!!

No comments: