Facebook hina Sultan Johor - lebih ramai akan ditahan? - Mkini
Selain juruukur kuantiti berusia 27 tahun, Ahmad Abd Jalil yang ditahan polis pada malam Jumaat kerana didakwa menghina Sultan Johor dalam Facebook, mungkin ramai lagi akan ditahan dalam masa beberapa hari ini.
Difahamkan polis sedang memburu lebih ramai individu yang dikaitkan dengan pos di facebook itu.
"Bagaimanapun, kita tidak tahu berapa ramai akan ditahan dalam beberapa hari ini," kata peguam Ahmad - Mohd Zakwan Adenan kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.
Mohd Zakwan berkata Ahmad (kiri) akan ditahan di lokap di Johor Bahru sehingga esok.
Beliau berkata, polis pada mulanya memohon tahanan reman selama tujuh hari, tetapi majistret mengurangkannya kepada tiga hari.
"Ia bagi polis untuk mengumpul saksi dan bukti dan menjalankan siasatan yang perlu," kata Mohd Zakwan.
Mohd Zakwan berkata Ahmad akan dibawa ke mahkamah esok, tetapi sehingga itu, beliau tidak tahu tuduhan terhadapnya dan kenyataan mana yang didakwa menghina sultan.
Ahmad ditahan di Kuala Lumpur dan dipindahkan ke Johor pada malam yang sama selepas ditahan oleh sekurang-kurangnya 10 anggota polis yang datang ke pejabatnya di Cheras di sekitar jam 10 malam.
Anggota polis tersebut, yang menaiki tiga kenderaan yang berbeza, dan dari tiga balai polis yang berlainan di Johor, kemudian membawa Ahmad ke balai polis Wangsa Maju untuk disoal siasat, kata Mohd Zakwan.
P/s: Setiap malam BTJ menonton Buletin Utama TV3
Nak tengok apa yang Buletin Utama pusing tiap-tiap malam
Selain berita pasal politik
Selalu BTJ tengok banyak juga berita jenayah
Malam tadi berita anak bekas MP kena tetak tapi tak mati
Pemandu teksi kena kelar hingga mati
Dan banyak lagi
BTJ nak tanya polis
Dah tangkap ke penjenayah-penjenayah yang buat onar hingga membunuh orang ni?
Mana perginya polis yang ramai hingga boleh berlaku kejadian ngeri seperti ni?
Tanggungjawab polis adalah melindungi rakyat dan membuat rakyat berasa selamat
Nak kata polis tak ramai tak logik lah plak
Bila masa rakyat demo punya la ramai
Nak tangkap seorang anak muda jujur hina sultan di facebook pun 10 orang polis yang terlibat
Anak muda ini bukan penjenayah
Anak muda ini tiada senjata
Anak muda ini bukan jual dadah
Anak muda yang "bersenjatakan facebook" ini berbahaya hingga 10 orang polis diperlukan untuk menahannya?
Begitulah bahayanya anak muda
Bahayanya anak muda yang lantang dan jujur di facebooknya!
No comments:
Post a Comment