Thursday, 23 February 2012

Bukti Putera Umno Terlibat Buat Kacau Di Ceramah Anwar Di Johor!!!


Ini bukanlah perkara yang mengejutkan bagi BTJ. Perkara sebegini memang banyak dilakukan oleh puak-puak UmnoBn untuk memberi tekanan kepada parti lawannya. Namun, zaman kini yang telah maju dan rakyat sudah bijak untuk berfikir telah menyusahkan propaganda jahat UmnoBN ini.

Kereta Anwar kemek dan cermin depan retak. Ada peserta yang dilastik, letupan mercun dan pelbagai lagi. Ini semua adalah teknik orang yang sudah mati akal. Sudah tiada cara untuk menambat hati rakyat, jadi teknik jahat sebegini adalah jalan akhir yang ada untuk menewaskan pihak parti lawan.

Saya tidak mahu mencoret panjang tentang UmnoBN. Saya pasti ramai yang sudah meluat dan bosan dengan UmnoBN dan pastikan kita tumbangkan UmnoBN pada PRU 13 nanti.

Bukti Putera Umno terlibat BTJ dapat dari sebuah blog dan sila layari blog ini untuk lebih kepastian.


Ini post mamat ni yang penat selepas membuat kacau di majlis ceramah Amnwar


Inilah gambar yang lebih jelas. Lihat pada logo dan tulisan di atas poket bajunya. Logo apa tu?

BTJ hanya memanjangkan info ini. Pihak berkuasa perlu memainkan peranannya apabila ada pendedahan sebegini. Mungkin Menteri KDN sendiri boleh turun padang untuk menyiasat dan menangkap ahli Putera Umno ini.


Mari Berhimpun Halau Lynas!


No comments: