Gerakan ABU iaitu singkatan bagi "Asalkan Bukan Umno" semakin mendapat tempat di hati masyarakat dalam agenda menumbangkan Umno pada PRU 13 yang semakin hampir ini. Gerakan ini tidak mengira kaum, agama dan ideologi politik. Ia manyatukan masyarakat dengan satu matlamat untuk menghukum UmnoBN yang telah banyak membuat onar di bumi Malaysia ini.
Malam tadi, 17 Februari 2012 telah berlangsung pelancaran ABU peringkat Bandar Tun Razak di Madrasah Ehsaniah, Taman Bukit Anggerik. Kehadiran yang agak menggalakkan dari penduduk setempat dan juga sekitar Lembah Kelang melihatkan bahawa gerakan ini sudah mula diterima oleh masyarakat.
Penceramah jemputan yang hadir ialah Adam Adli, Pak Samad Said dan juga Mat Sabu. CheguBard dikhabarkan tidak dapat hadir kerana ada program di tempat lain. Penceramah yang hadir begitu bersemangat untuk mengajak rakyat menumbangkan UmnoBN dan juga mengajak rakyat untuk bersama mengubah lanskap politik negara agar lebih celik dalam memilih kerajaan memerintah iaitu berdasarkan prestasi pemerintahan.
Mat Sabu menegaskan, jika setelah Pakatan Rakyat Memerintah dan melakukan seperti yang UmnoBN lakukan sekarang, maka gerakan ABU juga mesti kekal wujud untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah masa itu. ABU akan menjadi gerakan untuk "check and balance".
BTJ tidak mahu mecoret panjang. Seperti biasa, biarlah gambar menceritakan segalanya. Lihat gambar di bawah.
Ayuh rakyat Malaysia menyokong gerakan ABU. Mari bersama ABU demi masa depan Malaysia yang lebih baik. Asalkan Bukan Umno!
ABU Bersama Dalam Bantah Lynas!
No comments:
Post a Comment