Menumpang tidur di rumah seorang kawan telah menjimatkan belanja kami di sana. Terima kasih kepada kawan tersebut. Rumah beliau telah menjadi pusat untuk tidur bagi komrad-komrad yang akan turun di Himpunan Hijau 2.0.
Tidak sangka sambutan bagi himpunan ini begitu baik hingga ribuan manusia memenuhi padang. Pelbagai bentuk protes ditunjukkan oleh mereka yang hadir iaitu dari banner hinggalah sketsa. Semuanya begitu dan tambah menarik lagi semua ini adalah hasil inisiatif sendirian berhad atau secara berkumpulan.
Ramai juga pemimpin-pemimpin politik Pakatan Rakyat yang hadir dan tidak kurang juga wakil-wakil NGO dari seluruh Malaysia. Semuanya begitu bersemangat walaupun cuaca pada mulanya panas terik dan syukur masa dipertengahan program himpunan, awan mendung melindungi peserta dari hangat cahaya matahari.
Himpunan dikawal ketat juga oleh pihak berkuasa dan ucapan terima kasih kepada mereka kerana memberi kerjasama yang baik sepanjang program himpunan berlangsung. Tiada provokasi atau perkara yang tidak diingini berlaku. Himpunan Hijau 2.0 tamat sekitar jam 11.30 iaitu agak awal dari masa yang ditetapkan.
Sampai di sini BTJ mencoret. Silalah melihat gambar-gambar di bawah kerana gambar itu bisa membawa seribu cerita.
P/s: Siap sedia untuk Himpunan Hijau 3.0!
No comments:
Post a Comment