Inilah masanya anak-anak muda Pahang dan anak-anak muda seluruh Malaysia tampil bagi membuktikan bahawa kita mahu hidup dalam keadaan yang lebih selamat.
Malaysia bukan negara untuk dijadikan tempat sisa-sisa yang merbahaya yang tentu sahaja boleh memudaratkan rakyat.
Dulu Dato' Bahaman dan sahabat-sahabatnya bertungkus lumus berjuang untuk menghalau penjajah dan kini tiba masa kita untuk menghalau Lynas yang mungkin boleh membawa bencana kepada Pahang dan Malaysia bila-bila masa sahaja.
Ayuh anak-anak muda bangkit!
Perjuangan hari ini adalah demi masa depan generasi selepas kita.
Mari turun Kuantan 26 Februari ini!
Sumber Banner: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=215978071833607&set=at.105271236237625.7009.100002642472734.100000542047158&type=1&theater
No comments:
Post a Comment