Inilah antara masalah bagi negara iaitu pihak berkuasa digunakan oleh UmnoBN untuk memberi tekanan kepada parti lawannya.
DS Anwar dijadualkan bertemu dengan rakyat Pekan malam tadi iaitu 17 Februari 2012. Namun, jalan raya menghala ke Pekan iaitu mengikut sumber yang diperolehi telah diadakan sekatan jalan raya oleh polis sebelum jambatan ke Pekan.
Tidak pula diketahui sebab musabab sekatan jalan raya itu dilakukan. Sudah tentu polis bertugas mengikut arahan. Jalan raya telah menjadi sesak dan berlaku kelewatan kepada DS Anwar untuk bertemu dengan rakyat Pekan.
Jadi, seorang pemilik motosikal yang sangat baik dan bermurah hati telah menumpangkan DS Anwar hingga ke lokasi ceramah. Tabik Spring kepada pemilik motosikal tersebut. Sumbangan beliau secara tidak langsung ini diharap menjadi contoh kepada masyarakat lain di luar sana agar agenda merubah negara ini dapat dijayakan.
Ini gambar sebagai bukti. BTJ sedut dari facebook milik rakan yang ketika itu berada di sana.
Hahahahahahaha
26 Februari Kita Ke Kuantan!
No comments:
Post a Comment