Thursday 8 March 2012

Benarkah Guru Dibenarkan Berpolitik?

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan telah mengumumkan bermula 1 Ogos 2010 , pegawai pendidikan perkhidmatan siswazah Gred DG41 hingga DG48 akan dibenarkan melibatkan diri dalam politik?

Bagi tujuan itu, beliau berkata pindaan Peraturan 21 Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 telah diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Di bawah peraturan baru ini, pegawai pendidikan, selain pengetua atau guru besar di institusi pendidikan dan pegawai yang memegang apa-apa jawatan pentadbiran dalam mana-mana agensi kerajaan, perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran terlebih dahulu –Malaysiakini



BTJ rujuk tiga perenggan di atas dan sepatutnya guru Gred DG41 hingga DG48 sudah dibenarkan untuk berpolitik. Namun, info yang BTJ dapat dari sebuah blog ini iaitu blog Anak Sungai Derhaka adalah sangat kontra sama sekali.

Mengikut surat seperti dalam gambar, guru dikelaskan kepada tiga iaitu putih, kelabu dan hitam. Secara ringkas, putih bermaksud guru yang menyokong kerajaan, kelabu pula guru yang tidak menyokong kerajaan secara terangan dan hitam guru yang tidak menyokong kerajaan secara terangan dan aktif.

Perlukah guru-guru ini dikelaskan sedemikian? Atas tujuan apa ia dikelaskan sedemikian rupa? Saya pasti Pegawai Pelajaran Daerah Tawau itu bertindak mengikut arahan dan arahan dari siapa itu hanya beliau yang mengetahuinya.

Mungkin inilah strategi UmnoBN selama ini untuk menyekat guru-guru dari berpolitik di pihak pembangkang. Jika berpolitik di pihak UmnoBN, sangat dialu-alukan. 

Walaubagaimanapun, ubah tetap ubah. Ini bukti bahawa campurtangan politik dalam badan kerajaan. Proses awal membersihkan badan kerajaan dari campurtangan politik ialah menolak UmnoBN pada PRU akan datang.

Asalkan Bukan UmnoBN!


Rakyat Sabah Wajib Hadir!


No comments: