Thursday, 8 March 2012

Gempar!!!: NFC Ternak Lembu Di Kazakstan!

Post ini BTJ salin dari blog Anak Sungai Derhaka. Tidak sangka NFC berjaya menternak lembu di Kazakstan. Kazakstan ini pula khabarnya negara yang anak pemerintahnya bakal berkahwin dengan anak Najib. Mungkinkah ada kaitan? Jiika hendak tahu boleh tanya Rosmah. Hahahahahaha

Walaubagaimanapun, isu RM250 juta wang yang dipinjam kepada NFC ini merupakan isu yang sangat berat kerana ia melibatkan wang rakyat. Wang ini dibelanjakan sesuka hati atas tujuan kepentingan diri dan bukan atas tujuan asalnya iaitu untuk menternak lembu dan membekalkan daging lembu dalam pasaran Malaysia.

Anda semua boleh baca artikel di bawah ini. BTJ tutup dengan sebaris kata, Asalkan Bukan Umno!

'NFC salah guna pinjaman beli apartmen di Kazakhstan' kata Tony Pua.. ini buktinya..


Pembelian sebuah apartmen di Kazakhstan oleh National Feedlot Corporation (NFC) adalah bukti penyalahgunaan dan pembaziran dana awam, kata ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua hari ini.

Ini, kerana menurut Pua dalam satu kenyataan akhbarnya, pinjaman mudah RM250 juta yang diberikan oleh kerajaan kepada NFC bertujuan meningkatkan penternakan lembu bagi memenuhi permintaan daging domestik dan bukannya untuk pelaburan luar negara.

"Berdasarkan perjanjian pinjaman, NFC pastinya tidak bermaksud untuk menternak lembu atau cuba mendapatkan daging dari Kazakhstan, apatah lagi membeli sebuah apartmen di sana," katanya.

Lebih mencurigakan, katanya, beliau difahamkan bahawa urusniaga itu adalah pembelian tunai semata-mata.

Pua, yang memiliki sesalinan perjanjian pinjaman itu dari sumbernya, juga mempersoalkan jika NFC mendapat kelulusan dari kementerian kewangan untuk pembelian berkenaan.

Katanya, NFC mesti tampil mendedahkan tujuan pembelian apartmen itu dan menjelaskan sama ada harta itu didaftarkan di bawah nama NFC atau nama pengarah individu tertentu.

Pada Jun 2011, akhbar The Star melaporkan bahawa satu memorandum persefahaman telah ditandatangani antara pihak berkuasa daerah Jambul di Kazakhstan dan NFC berhubung penternakan lembu di sana.

Akhbar berbahasa Inggeris itu juga melaporkan lembu-lembu di Jambul itu akan dibawa ke Malaysia untuk kegunaan tempatan serta dieksport ke negara-negara jiran - Malaysiakini

Description of the project..


Polisi kerajaan Malaysia dalam membangunkan pusat fidlot.. sila klik image untuk paparan yang lebih jelas..


Untuk keseluruhan polisi sila lihat di SINI


Program Melawan Yang Wajib Hadir!




No comments: