Melihat kepada jumlah kehadiran di ceramah kali memang membanggakan. Semuanya datang dengan sendiri tanpa ada sesiapa yang mengarahkan. Itu BTJ sangat percaya dan pasti.
BTJ lihat ramai anak-anak muda begitu bersemangat dan berminat dengan setiap butir-butir kata yang disampaikan oleh para penceramah. Walaupun ini hanya sekadar komunikasi satu hala yang lebih kepada sebuah kempen politik, tetapi ia satu permulaan yang baik apabila ramai anak-anak muda sudah mula berminat dan ambil tahu tentang situasi politik dalam negara.
Cukuplah sekadar di sini sahaja. BTJ tidak dapat mengulas tentang ceramah yang disampaikan kerana fokus BTJ untuk merakam gambar. Berikut adalah gambar yang sempat BTJ rakamkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment