Tidak mungkin akhbar Sinar Harian memenyiarkan berita yang tidak benar atau menipu. Ya, walaupun akhbar media perdana di Malaysia ini seperti Utusan Malaysia, Berita harian dan juga tidak ketinggalan iaitu media elektronik seperti RTM dan TV3 yang produk beritanya sangat bias dan pernah berlaku beberapa penipuan yang berjaya dibongkar oleh masyarakat.
BTJ agak bingung dengan kenyataan Ketua Menteri Melaka iaitu Ali Rustam yang seperti tidak dapat menerima dakwaan bahawa ada YB Melaka yang terlibat sama diperiksa dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di sana. Berita ini bukan disiarkan oleh akhbar milik Pakatan Rakyat tetapi ia adalah akhbar media perdana yang pada BTJ agak bebas dari mana-mana kuasa politik. Kenyataan KM Melaka yang seperti tidak percaya itu boleh dibaca di portal berita Malaysiakini atau boleh terus lihat gambar di bawah ini.
Jelas sekali KM Melaka tidak menyiasat dulu dakwaan ini tetapi terus mendakwa bahawa ini adalah fitnah yang dilontar pihak pembangkang. Inilah masalahnya apabila menjadi Ketua Menteri tetapi kurang bijak. BTJ juga mempersoalkan adakah perlu laporan dibuat kepada polis atau pihak-pihak tertentu dulu kemudian baru KM Melaka ini akan mengambil tindakan atau siasatan? BTJ juga tertanya-tanya apakah perlu laporan polis dibuat dalam kes ini sedangkan YB yang diperiksa tersebut memang diperiksa oleh pihak polis. Jika menanti pihak pembangkang atau mana-mana NGO membuat laporan polis, BTJ rasa itu hanya membuang masa dan tiada keperluannya. Adakah kenyataan KM Melaka ini hanya sekadar mahu mengelak dari menjawab tentang isu ini?
Baiklah, jika ada yang belum tahu dan hendak tahu tentang kes ini atau KM Melaka sendiri juga hendak tahu, berita mengenai kes ini disiarkan oleh akhbar Sinar Harian. BTJ memperolehi berita ini melalui akhbar Sinar Harian atas talian yang bertajuk Ops Tapis: YB antara 27 diperiksa. Berita tersebut bertarikh 25 Mac 2012 dan wartawannya pula ialah Siti Shahrosamirah Shaharman. Jika tidak percaya BTJ ada gambarnya di bawah ini.
Jika ada mana-mana ahli Umno yang membaca post ini, silalah tunjukan kepada KM Melaka supaya beliau boleh menyiasatnya. Saranan BTJ kepada KM Melaka supaya tidak hanya membaca akhbar Utusan Malaysia tetapi bacalah juga akhbar lain seperti Sinar Harian ini.
Sekian.
No comments:
Post a Comment