Saturday, 24 March 2012

Sah PM Malaysia Tali Barut AS!


Sinaran Hairan: Susulan sekatan AS, Malaysia henti import minyak Iran


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran.

Beliau mengesahkan satu laporan berita asing bahawa syarikat minyak negara, Petronas, akan menghentikan pengimportan minyak mentah Iran mulai April, iaitu 
dua bulan sebelum sekatan Amerika Syarikat berkuat kuasa.

"Ia hanya jumlah yang kecil," katanya dalam jawapan singkat kepada para pemberita pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari 
ini.

Menurut laporan itu hari ini, Petronas kini mengimport kira-kira 50,000-60,000 tong minyak minyak mentah Iran sehari.

Kini, China, India, Jepun dan Korea Selatan adalah empat pembeli terbesar minyak mentah Iran di Asia.

Sehingga ini, Iran menjual kebanyakan daripada 2.6 juta tong sehari (bpd) yang dieksport di rantau ini. - Bernama

P/s: Cuba baca berita ini betul-betul.

Tindakan PM Malaysia sudah mendahului AS.

Apa maknanya?

Maknanya PM Malaysia nak mengampu AS!

Ini jelas PM Malaysia jadi tali barut AS dalam isu sekatan ke atas Iran ini.

Ini bermakna PM Malaysia juga bersetuju dengan sekatan yang AS bakal lakukan.

Iran adalah sebuah negara Islam.

Walaupun Iran berfahaman Syiah, tetapi ia tetap Islam!

Buka mata buka hati.

Kita tidak perlu simpan PM macam ni lagi.

PRU 13 kita buang PM ini!

28 April 2012 kita gegar KL!

Berhujung Minggu Di Temerloh!


No comments: