Ini merupakan surat daripada YB Mong Dagang, ADUN Bukit Begunan kepada Penolong Pengarah Pertanian, Jabatan Pertanian Bahagian Sri Aman meminta Jabatan berkenaan memberhentikan semua bantuan kerajaan kepada Encik Frusis Lebi dari Entulang Sawa, Sri Aman yang juga seorang OKU kerana menyokong Calon Pembangkang secara terbuka pada PRN yang lepas.
Gambar ini BTJ perolehi dari laman sosial facebook. BTJ agak terkejut kerana begini zalim kerajaan 1Malaysia tajaan UmnoBN di Sarawak. Apabila rakyat memberi sokongan dan bekerjasama dengan pihak parti pembangkang, maka akan diberi layanan sebegini dan diberi tekanan yang sudah tentu pasti menyusahkan.
Hak rakyat untuk memilih parti mana yang dimahukan untuk menerajui kerajaan itu sangat jelas dalam sistem pemerintahan demokrasi. Hak rakyat juga untuk menyokong pembangkang atau kerajaan.
PRU 13 sudah semakin hampir. Bukti ini BTJ harap akan memberi pencerahan kepada seluruh rakyat Malaysia untuk memilih parti yang tepat untuk menerajui kerajaan Malaysia di masa akan datang.
Ingat, Asalkan Bukan UmnoBN!
Dua Program Melawan Di Temerloh!
No comments:
Post a Comment