Wednesday 23 November 2011

Siapa Larang Aziz Bari Bentang Kertas Kerja Di KUIS?

Mkini: MAIS larang Aziz Bari bentang kertas kerja di KUIS

Profesor undang-undang Abdul Aziz Bari, yang sebelum ini didakwa kritikal terhadap Sultan Selangor, telah dilarang oleh Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) daripada membentangkan kerta kerja di satu seminar di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).

Terletak di Kajang, KUIS merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi milik penuh MAIS, yang terletak di bawah bidangkuasa Sultan Selangor.

Aziz dijadual membentangkan kertas kerja di seminar itu pagi esok.

Bagaimanapun, katanya, pagi tadi beliau menerima notis yang
memaklumkan bahawa seseorang di MAIS, yang mendakwa rapat dengan istana Selangor, telah meminta pihak penganjur menggugurkan kertas kerjanya.

Katanya, pihak penganjur telah merayu kepada mereka untuk mengekalkan beliau seperti yang dijadualkan kerana orang ramai datang ke seminar itu untuk mendengar ucapannya.

Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa seminar tersebut telah dirancang lebih daripada tiga bulan yang lalu.

Pakar undang-undang itu menjadi tajuk utama akhbar bulan lalu apabila polis menyiasatnya di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung komennya mengenai titah Sultan Selangor berhubung 'pemeriksaan' Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap makan malam kesyukuran yang diadakan di Damansara Utama pada 3 Ogos.

Berikutan ini, UIA telah digantung perkhidmatan Aziz selama enam hari. Penggantungan itu ditarik balik selepas bantahan besar daripada pelbagai pihak, termasuk pelajar universiti di seluruh negara dan para ahli akademik.

P/s: Inilah nasib ahli akademik di Malaysia yang lantang bersuara!

Buat kajian dan penyelidikan diam-diam je, jika ketengahkan akan terima nasib seperti Aziz Bari.

Bila dah jadi pakar elok diam-diam je, nanti ada orang tak suka! Ada orang terasa! Derhaka la! Pengkhianat la! Kurang ajar la!

Badan agama Islam ni pun buat pelik, bukankah Islam itu suka pada ilmu?

Woi!!!! MAIS ape yang kau dah buat ni?

Woi!!!! MAIS patut naikkan nama Islam bukan malukan Islam!

Woi!!!! MAIS ikut arahan siapa ni? Mesti orang tu tak suka ilmu disampaikan kepada masyarakat terutama golongan muda, teringat kisah Singapura dilanggar todak! Kesian Hang Nadim si budak yang pandai!

Woi!!!! MAIS bawa-bawalah bertaubat!

Woi!!!! Islam itu agama Allah, bukan ekslusif untuk sesiapa pun!

Mahasiswa KUIS siap sedia, anda semua bakal dibodohkan!
Tetapi anda semua pandai, mana mungkin dibodohkan!

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH!!

Mahasiswa Turun Ke Jalan!

No comments: