Wednesday, 23 November 2011

Rembat 6% Wang Rakyat

Sinaran Harian: Cukai 6 peratus prabayar telco belum muktamad

KUALA LUMPUR - Kerajaan belum memutuskan sama ada membatalkan atau tidak cukai enam peratus terhadap pengguna talian pra-bayar seperti yang diumumkan Syarikat telekomunikasi (telco) sebelum ini.

Menyatakan demikian di Dewan Rakyat hari ini, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Datuk Joseph Salang berkata, cukai tersebut merupakan salah satu daripada cukai pendapatan utama negara. "Keputusan yang akan dibuat juga mungkin bergantung kepada syarikat Telco sendiri,” katanya ketika menjawab soalan tambahan dari Saifuddin Nasution Ismail (PKR-Machang) mengenai status penangguhan caj tersebut seperti yang diumumkan KPKK baru-baru ini. - Bernama

P/s: Semua rakyat yang guna talian pra-bayar siap sedia untuk cukai 6 peratus ni!

Duit rakyat akan dirembat lagi!

Kalau dirembat untuk pembangunan yang menguntungkan rakyat dan negara takpe, tapi ni rembat untuk beli cincin dan gelang!

Ini rembat untuk bagi keluarga dan kroni-kroni pemimpin UmnoBN!

Ini rembat untuk wujudkan projek dan bagi kroni!

Ini rembat untuk bagi kepada pembodek!

Ini rembat mendukung pemimpin hampeh!

6 peratus ni boleh bagi anak yang sekolah rendah buat belanja!

BERSIH 3.0 bantah cukai 6%!!!


No comments: