Wednesday 9 November 2011

SMS, Jawatankuasa Khas Parlimen & BERSIH 2.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salah seorang ahli dari pasukan BTJ telah menerima sms dari nombor 62002 yang mulanya berbentuk makluman dan kemudiannya sms kedua adalah seperti berbentuk hebahan.

Berikut adalah sms yang pertama:-


Sms kedua yang diterima:-


Kini, melalui saluran emel, anda sudah boleh menyampaikan pendapat tentang bagaimana untuk menambahbaik sistem pilihan raya di Malaysia. Sms ini bukti bahawa sistem pilihan raya di Malaysia ada kekurangannya namun mengapa setiap kali ia dipertikai atau dikritik, pihak yang bertanggungjawab termasuk kerajaan Umno/BN sendiri selalu sahaja mempertahankannya? 

Kemudiannya, adakah SPR, Jawatankuasa Khas Parlimen dan kerajaan masih tidak jelas dengan isyarat yang diberikan oleh rakyat hingga puluhan ribu atau pun lebih rakyat Malaysia turun ke jalan melalui BERSIH 2.0 hanya untuk menuntut pilihan raya yang bersih? Lapan tuntutan telah dinyatakan dan semua tuntutan itu sangat munasabah untuk ditunaikan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 yang semakin hampir ini.



Pada saya, jika SPR atau pun kerajaan menerima lapan tuntutan BERSIH 2.0 itu, Jawatankuasa Parlimen ini sudah tidak perlu dibentuk dan sistem sms bagi mendapatkan pendapat rakyat juga tidak perlu kerana ini semua memerlukan kos untuk meralisasikannya. Sedangkan BERSIH 2.0 telah selesai dan BERSIH 3.0 pula menanti dan himpunan aman bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil ini tidak menggunakan sedikit wang pembayar cukai (bagi peserta himpunan). Namun wang pembayar cukai itu digunakan untuk menghalang himpunan BERSIH 2.0 supaya ia tidak berjaya diadakan.

Jika benar SPR atau kerajaan ikhlas menambahbaik sistem pilihan raya, maka lapan tuntutan BERSIH 2.0 sudah tentu diterima dengan tangan yang terbuka dan tidak perlu melayan peserta himpunan dengan cecair kimia dan gas pemedih mata. Tuntutan jalan sukar diterima, mungkinkah pendapat yang hanya dengan melalui emel ini akan diterima? Jawapannya kita fikir-fikirkan.


No comments: