Monday, 21 November 2011

Sinaran Harian: Mungkinkah Satim Diman Selepas Khir Toyo?


PUCHONG - Pemuda Pas Kawasan Puchong membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman bagi meminta pihak berkuasa menyiasat isu penyelewengan tanah dilakukan Adun Seri Serdang itu.

Ketuanya, Rosharizan Mohd Rozlan berkata, pihaknya meminta polis menyiasat sama ada kenyataan dibahaskan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam Sidang Dun lalu benar atau sebaliknya.

Ia katanya, berkait isu seperti dipetik dalam laman web berita portal berhubung penyelewengan penjualan tanah Kerajaan Negeri Selangor di Science Park 2, Cyberjaya pada 2006.

“Perkara ini dipandang berat kerana dibongkar dalam Sidang Dun, kita mahu penjelasan sama ada ia benar atau tidak.

“Sekiranya benar, perbuatan penjualan tanah secara tidak beretika itu sesuatu yang mengecewakan kerana sebagai pemimpin, beliau (Mohamad Satim) seharusnya menjaga harta kerajaan dan bukannya membuat penyelewengan untuk kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau yang membuat laporan di Balai Polis Bukit Puchong bersama Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor, P Saravenan, petang semalam berkata, isu didedahkan Abdul Khalid berikutan Mohamad Satim ketika itu adalah Ahli Lembaga Pengarah syarikat yang juga pemegang saham terbesar dalam syarikat.

“Kami minta Adun Seri Serdang itu tampil mempertahankan diri jika perkara tidak benar, sebagai pengundi di Dun Seri Serdang, kami mengucapkan takziah atas pembongkaran isu ini,” katanya.

Ditanya sama ada kes akan dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau tidak, Rosharizan berkata, pihaknya menunggu maklum balas daripada Satim terlebih dahulu.

“Kita selesaikan secara baik, tidak terus kepada SPRM,” katanya.

P/s: Ini kes penyelewengan tanah oleh seorang YB Adun Selangor yang sepatutnya memegang amanah sebagai wakil rakyat. 

Penyelewengan yang dilakukan dengan bersahaja dan tenang (kerana ada kuasa) ini adalah berkaitan dengan penjualan tanah Kerajaan Negeri Selangor yang sudah tentu hak rakyat. 

Ini bukan sahaja harta kerajaan tetapi harta rakyat Selangor. 

Tetapi yang peliknya kenapa pula Rosharizan ini mahu selesaikan secara baik tanpa terus kepada SPRM? Ini bukan kes tanah kau dengan Satim tetapi ini kes Satim seleweng harta rakyat negeri Selangor. 

Ikut undang-undang terus kepada SPRM. Jika Satim  bersalah biar pihak undang-undang yang tentukan. 

Rosharizan tidak payah nak tunjuk baik. HAHAHAHAHAHAHAHAHA

No comments: