Monday, 14 November 2011

Video: Gaya Hidup Pemimpin Melayu Umno & Keluarganya

Malaysia merupakan sebuah negara yang dipimpin oleh golongan bangsawan atau elit. Ia sejak dari Perdana Menteri yang pertama. Mungkin Dr. Mahathir dan Abdullah Ahmad Badawi sahaja yang tidak berasal dari golongan bangsawan atau elit ini. Namun setelah menjadi Perdana Menteri, mereka juga kurang lebih serupa juga.

Golongan bangsawan atau elit ini kebiasaannya adalah orang-orang kaya dan mempunyai status yang tinggi dalam masyarakat. Gaya hidup golongan ini sangat berbeza dengan rakyat kebanyakkan. Golongan ini juga merupakan golongan yang minoriti dalam masyarakat iaitu tidak ramai berbanding dengan golongan pertengahan dan rendah.

Seperti dalam video yang dapat ditonton di bawah ini, kita akan dapat melihat realiti kehidupan golongan bangsawan atau elit di Malaysia dan golongan inilah merupakan keluarga kepada pemimpin tertinggi kerajaan pada masa kini. Lihat pada makanan dan tutur percakapannya. Makanan yang mewah di atas meja mewah siap berhidang. Tutur katanya dalam Bahasa Inggeris iaitu bahasa tinggalan penjajah di Malaysia ini. Mengapa mereka ini tidak bertutur dalam Bahasa Melayu sedangkan mereka orang Melayu dan pemimpin Melayu? Adakah dengan bertutur dalam Bahasa Inggeris itu, maka mereka akan dilihat sebagai orang Barat?

Inilah sebabnya saya tegas bahawa kita sebagai rakyat Malaysia mesti memilih rakyat kebanyakkan untuk menjadi pemimpin pada masa akan datang. Rakyat kebanyakkan sudah tentu tahu perit jerih rakyat dalam mengharungi hidup. Kita pilih pemimpin yang boleh makan dan pakai seperti rakyat biasa serta cara hidupnya juga biasa iaitu seperti yang dituntut oleh Islam untuk mengamalkan hidup bersederhana. Berttutr pula menggunakan Bahasa Melayu agar bahasa yang pernah menjadi bahasa lingua franca di Nusantara ini dapat dimartabatkan kembali.

Keputusan di tangan anda iaitu untuk memilih pemimpin dari kalangan kita atau memilih golongan bangsawan atau elit atau juga pengampu golongan ini. Pada saya, saya harap anda semua dapat membuat keputusan yang terbaik agar dapat memilih pemimpin yang bukan sahaja berjiwa rakyat, tetapi hidupnya juga seperti rakyat biasa. Tolak golongan bangsawan atau elit sdan angkat martabat kita sebagai rakyat yang MERDEKA.


No comments: