Wednesday, 30 November 2011

Siapa Pergi Melancong Dengan Lembu?

Mkini: PKR dakwa NFC sering bayar syarikat pelancongan

Selain dakwaan pembelian kereta mewah dan lot tanah, PKR hari ini turut mendakwa bahawa syarikat National Feedlot Corporation (NFC) sering membuat bayaran kepada sebuah syarikat pelancongan sehingga "dua tiga kali sebulan."

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli mendakwa bayaran berjumlah RM455,423 itu dibuat sebanyak 15 kali semenjak Januari hingga Julai 2010 melalui akaun syarikat NFC.

Beliau mendedahkan perkara itu sebagai salah satu daripada senarai dakwaan "perbelanjaan boros dan bersifat peribadi" yang dibuat keluarga Shahrizat.

"Kita tak terkejut sebab bila kita semak tahun 2009 memang dia belanjakan hingga RM800,000 untuk ke luar negara.

"Alasan yang diberi adalah perbelanjaan ke luar negara untuk tengok lembu, lawat lembu, beli lembu dan sebagainya.

"Tapi yang ini lebih ajaib kerana ini adalah pakej percutian," katanya dalam sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau mendakwa, siasatan yang dijalankan PKR menunjukkan syarikat yang menerima bayaran tersebut merupakan syarikat yang menawar pakej percutian ke lokasi popular sekita Asia Tenggara.

"Kalau nak melancong sekali sekala saya fahamlah tapi kalau dua tiga kali sebulan, pelik tu.

"Soalannya, macam mana syarikat yang patut urus ternakan lembu jadikan pakej percutian sebagai pembayaran rutin bulanan?

"Kalau benar pergi bercuti, siapa yang pergi bercuti?," soalnya dalam sidang media di bangunan parlimen hari ini.

Beliau membuat pendedahan terbaru itu ekoran tindakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil yang menggunakan peluang berucap di perhimpunan agung Umno pagi ini untuk menyerang pemimpin PKR berhubung dakwaan skandal penyelewengan dana NFC.

P/s: Woit!! Lembu mana plak yang pandai pergi melancong ni?

Woit!! Lembu mana plak yang pandai guna duit banyak sangat ni?

Woit!! Sekarang lembu sudah cerdik! Jadi mungkin akan ada yang kata "cerdik seperti lembu!" HAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Jika lembu cerdik, siapa yang bodoh? Yang pasti bukan lembu! HAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Woit!! Lembu pergi melancong sorang-sorang ke? Kalau sorang-sorang takkan banyak sangat guna duit! Kalau Rosmah melancong guna duit banyak semua orang percaya! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

Habis siapa yang melancong dengan lembu ni? Pasti bukan Shahrizat sebab lembu takut bila dia selak kain! HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA!!

BERSIH 3.0 Semakin Hampir!

No comments: