PUTRAJAYA 21 Nov. - Akta baru yang bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada Mac tahun depan tetap mempunyai ciri-ciri penahanan tanpa bicara bagi menangani aktiviti militan dan keganasan yang mengancam negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, berlainan dengan ISA, dua akta baru yang masih dikaji itu dijangka menerapkan beberapa perubahan seperti dalam soal tempoh tahanan, notis kepada keluarga yang ditahan dan keperluan untuk mereka membuat rayuan.
Menurutnya, dua akta itu akan mempunyai persamaan dengan pendekatan dalam Akta Patriot Amerika Syarikat, Akta Pencegahan Keganasan United Kingdom dan Akta Antikeganasan Australia yang dikuatkuasakan di negara-negara yang terkenal dengan perjuangan hak asasi manusia itu.
''Jadi, jangan sesekali mengajar saya tentang apa yang perlu dilakukan jika anda sendiri gagal melakukannya.
''Terdapat rakyat Malaysia yang ditahan oleh Amerika Syarikat di Guantanamo tanpa melalui perbicaraan, jangan bersikap pilih bulu dan hipokrit," katanya kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan dan sambutan hari inovasi kementeriannya di sini, hari ini.
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, pihaknya akan tetap menggunakan ISA untuk menangani aktiviti pengganas sehingga dua akta baru yang menggantikannya dikuatkuasakan.
''Sekiranya negara kita menjadi sasaran pengganas dan pengebom, rakyat akan marah kepada kerajaan.
''Segelintir orang bagaimanapun mempertikaikan tangkapan yang dilakukan, kita akan beri penjelasan lebih teliti apabila keadaan mengizinkan dan orang ramai akan tahu bahawa tangkapan dibuat bersandarkan kepentingan orang ramai," katanya.
Mengenai Rang Undang-undang Perhimpunan Aman, beliau berkata, proses penggubalannya oleh Jabatan Peguam Negara telah memasuki peringkat akhir dengan sumbangan input daripada polis dan Kementerian Dalam Negeri.
''Kita sedang lihat undang-undang baru mengenai perhimpunan aman, penerbitan dan berkenaan darurat. Kita ke arah membenarkan perhimpunan aman yang tidak menjejaskan keselamatan dan tidak menyusahkan orang ramai," katanya.
P/s: Ucapan PM malam sebelum 16 September 2011 telah dilacurkan.
Kata Pak Sham ISA ini masih digunapakai untuk membanteras keganasan dan militan. Mana pengganas? Mana militan? Pengedar dadah yang ramai tak nak pula tahan guna ISA!
Ganas sangat ke rakyat Malaysia ni? Jika ganas dah tentu British tak berani nak jajah!
Pak Sham nak sabotaj PM kita ke? Sambil nyelam minum air ni. HAHAHAHAHAHAHA
Mungkin yang ganas ni adalah orang-orang yang lebih bijak dan pandai dari pemimpin-pemimpin UmnoBN kot?
Mungkin yang ganas ni adalah orang-orang yang rajin beramal dan selalu ke rumah ibadat kot?
Mungkin yang ganas ni adalah orang-orang yang menuntut keadilan kot?
Mungkin yang ganas ni adalah orang-orang yang tidak membodek UmnoBN kot?
Mungkin yang ganas ni Saifuddin sebab pemimpin Umno ni tegas berjuang mansuhkan AUKU kot?
Tapi ada 1 pasukan pengganas yang bukan kot, siapa???? Cuba teka????
Pembayangnya ialah pakai baju biru, ada bom asap dan air pemedih mata. Ini memang sah pengganas!!!!
No comments:
Post a Comment