Kes lembu masih lagi belum sejuk, kini kes paip air di Pahang yang akan menyalurkan air ke perkampungan Orang Asal telah dimusnahkan. Persoalannya, siapakah pemilik syarikat Rossington Sdn. Bhd. & seorang yang bernama Haslina?
Paip-paip air dan kemudahan lain yang dipasang untuk menyalurkan air bersih ke perkampungan Orang Asal di Pahang telah dimusnahkan oleh sub-cont yang melakukan kerja pamasangan terbabit. Persoalannya kenapa mereka melakukan perkara sedemikian?
Projek ini yang memakan masa kurang lebih 2 tahun untuk disiapkan dan sebenarnya telah pun siap musnah sekelip mata hanya kerana pertikaian antara main-cont dan sub-cont yang BTJ difahamkan ia berpunca dari main-cont yang tidak membuat bayaran kepada sub-cont. Orang Asal kampung Kuala Serting hanya sempat merasa bekalan air bersih selama 4 hari sahaja sebelum paip-paip itu dirosakkan. Inilah bab kata pepatah "marahkan nyamuk kelambu dibakar". Jadi, Orang Asal yang juga rakyat Malaysia yang menjadi mangsa. Penantian berpuluh tahun musnah sekelip mata.
Mengikut sumber dan melalui banner yang dipasang di tempat kejadian, main-cont merupakan syarikat kroni Umno dan BTJ pasti sub-cont juga adalah dari puak Umno. Projek ini dikhabarkan bernilai jutaan ringgit dan wang rakyat nilai jutaan ringgit ini lebur sekelip mata dan sudah pasti juga wang rakyat nilai jutaan ringgit diperlukan untuk membaiki paip-paip air tersebut.
Kesimpulannya, wang rakyat habis di tangan puak-puak Umno sahaja tanpa memberi manfaat kepada rakyat. Bukan lagi memberi manfaat, bahkan menyusahkan rakyat iaitu Orang Asal Kuala Serting dan kampung-kampung lain sekitarnya.
Boleh lihat gambar di bawah.
Laporan ke SUHAKAM telah dibuat pada hari ini iaitu 31 Januari 2012 oleh pihak-pihak yang prihatin. Semoga nasib Orang Asal yang teraniaya ini akan terbela.
2 comments:
semua badan2 yg terlibat patut masuk campur dan selidik isu ni dari akar main cont hingga hujung dahan sub cont. masing2 cuba lepaskan leher yg tercekik. tuduh menuduh antara satu sama lain. berjuta nilai projek, berjuta juga alasan yg diberi. apa jadi pada duit rakyat yg telah dibayar kepada main cont patut disiasat. alasan projek rugi tak masuk akal. mana ada orang buat business mahu rugi. SPRM patut turun padang. bukan setakat berkata2 saja. Walk the talk, please!

Post a Comment