Ahad malam pada 29 Januari 2012 merupakan kemuncak kepada Majlis Sambutan Ulangtahun PAS Ke-60 Peringkat Parlimen Bera. Malam kemuncak ini dipenuhi dengan acara ceramah umum dari para pemimpin Pakatan Rakyat dan juga NGO. Lokasi yang sama iaitu di Markas Tarbiyyah Darul Ikhwan, Mengkarak, Bera, Pahang.
Ucapan pembukaan dimulakan oleh YDP PAS Kawasan Bera iaitu Ustaz Sulaiman Mohd. Kemudian dikuti oleh YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang / ADUN Triang), Sdr. Mazlan Aliman (ANAK / AJK PAS Pusat), Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS / PJ Pahang), Che'gu Bard (Solidariti Anak Muda Malaysia) dan DS Tuan Guru Haji Hadi Awang (Presiden PAS).
Seperti biasa, biarlah gambar yang menceritakan segalanya. Di bawah adalah gambar-gambar yang telah dirakam.
YDP PAS Kawasan Bera, Ustaz Sulaiman Mohd
YB Leong Ngah Ngah dengan ceramahnya yang banyak menyentuh mengenai kasih sayang sesama manusia yang melangkaui sempadan kaum dan agama
Antara masyarakat yang hadir
Sdr. Mazlan Aliman sempat bersembang dengan DS Tuan Guru Haji Hadi Awang
Sdr Mazlan Aliman dengan ceramahnya yang banyak menyentuh isu Felda dan peneroka
Che'gu Bard dengan ceramahnya yang penuh bersemangat
Dato' Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man menyentuh tentang isu Lynas yang diibaratkannya bagai bom jangka di Pahang
DS Tuan Guru Haji Hadi Awang penceramah akhir dengan isi ceramahnya yang menyentuh serba sedikit sejarah kerajaan Islam zaman Rasulullah dan sahabat baginda
Rakan-rakan SAMM menjual baju T Asalkan Bukan Umno (ABU) dan pelbagai lagi produk SAMM
Sampai di sini sahaja laporan dari BTJ. Terima kasih kepada urusetia media majlis ini yang memberi ruang kepada BTJ untuk merakam gambar.
No comments:
Post a Comment