Majlis Sambutan Ulangtahun Ke-60 Penubuhan PAS Peringkat Parlimen Bera diadakan bermula dari Jumaat hingga Ahad iaitu 27 hingga 29 Januari 2012 yang berlangsung di perkarangan Markas Tarbiyyah Darul Ikhwan, Mengkarak, telah berjalan dengan jayanya.
Pelbagai program dan acara yang mesra rakyat dianjurkan. Alhamdulillah BTJ difahamkan semuanya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit halangan seperti hujan yang di luar kawalan.
BTJ sampai pada petang Sabtu dan agak kepenatan lalu berehat dan tidur dulu. Jadi program di waktu malam adalah menjadi sasaran iaitu ceramah umum yang bakal disampaikan oleh barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang umum mengetahui kehebatan mereka ini.
Antara yang hadir memberikan ceramah pada malam itu ialah Timbalan Pengerusi PKR Pahang Ahmad Nizam Hamid, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar, Adun Sekinchan Ng Suee Lim, Pengerusi Kerabat Kolonel (B) Tengku Nazri Tengku Mokhtar dan juga Timbalan Presiden PAS yang namanya tidak asing lagi iaitu Mat Sabu.
BTJ tidak mahu mencoret panjang mengenai ceramah umum ini. Namun bagi yang hadir, banyak pendedahan yang telah mereka dapat. Pendedahan ini tidak mungkin akan dapat dibaca di media cetak atau media elektronik perdana yang umum sedia tahu dikawal oleh sang penguasa.
Biarlah gambar memberi seribu cerita mengenai sekitar ceramah umum yang berlangsung ini. Lihat gambar-gambar di bawah.
Ahmad Nizam Hamid Sedang Menyampaikan Ceramah
YB Nurul Izzah Yang Baru Tiba Bersalaman Dengan Para Muslimat Yang Hadir
Muslimin & Muslimat Yang Hadir
Ceramah Oleh YB Nurul Izzah
Ketibaan Mat Sabu
Ceramah Oleh Pengerusi Kerabat Kolonel (B) Tengku Nazri Tengku Mokhtar
Kaunter Semakan Daftar Pemilih Yang Disediakan
Ceramah Oleh Adun Sekinchan Ng Suee Lim
Bacaan Puisi Yang ditujukan Khas Buat Peneroka Yang Hadir
Perasmian KERABAT
Ceramah Oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu
Inilah antara gambar yang BTJ telah rakam di sekitar ceramah umum pertama bagi majlis ini. Akan bersambung ke ceramah malam kemuncak iaitu malam akhir yang akan dihadiri oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
No comments:
Post a Comment