Sunday 15 January 2012

Mat Sabu Dikata Pembohong?

Kali ini Mat Sabu dikatakan berbohong oleh Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan. Dakwaan ini timbul atas sebab kenyataan Mat Sabu yang mendakwa mendapat sokongan pelbagai pihak dari Barisan Nasional (BN) bagi memastikan Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Boleh lihat print screen dari akhbar Utusan ini. Klik sini untuk lihat sumber asal.



Apa yang didakwa oleh Mat Sabu ini ada logiknya. Cuba lihat gambar di bawah.


Gambar ini ketika rapat umum di Alor Setar, Kedah baru-baru ini. Semua yang hadir ini tidak semuanya ahli-ahli parti Pakatan Rakyat dan pasti ramai antara audien ini adalah dari Umno / BN. Mereka juga hendak tahu apa yang hendak disampaikan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.


Gambar ini pula dirakam di Gemas, Negeri Sembilan. Ribuan orang juga yang hadir dan pasti dalam ribuan yang hadir ini tidak kurang juga dari Umno / BN. Kita sedia maklum Negeri Sembilan merupakan negeri yang dikuasai oleh Umno / BN.

Cuma mengapa isu Mat Indera masih dibangkitkan (lihat print screen Utusan yang higlight kuning)? Mat Indera dinafikan bukan pejuang kemerdekaan hanya kerana beliau adalah ahli Parti Komunis Malaya. Mengapa jika bersama dengan Parti Komunias Malaya maka tidak boleh diiktiraf sebagai pejuang kemerdekaan sedangkan jelas Mat Indera berjuang untuk menghalau penjajah? 

Umno yang bersekongkol dengan penjajah (British) itu boleh dikatakan pejuang kemerdekaan?

No comments: